Sunday, September 12, 2010

Kehilangan Datuk Sosilawati Terjawab?

Adakah misteri kehilangan Sosilawati terjawab? Bangun pagi tadi pukul 7, tengok berita di TV1, ada berita terbaru mengenai kes kehilangan Sosilawati ini. Berdasarkan berita di TV1 sebentar tadi, wartawan membuat siaran langsung dari tempat berhampiran pantai Morib. Pihak wartawan menyatakan bahawa pihak Polis kini menjumpai bukti baru berkaitan kes kehilanga Sosilawati, seorang jutawan komestik.

Namun pihak polis telah menyekat dan menghalang orang awam dan wartawan dari memasuki tempat kejadian. Pihak polis juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang sedang berlaku. Ada juga spekulasi yang mengatakan Sosilawati bersama rakan-rakan yang lain di bunuh dan di bakar. Apakah itu benar? Kita nantikan....

Wednesday, September 8, 2010

DAPATKAN KEMBALI FILE YANG TELAH DI FORMAT

Bayangkan file atau dokumen penting dalam hardisk atau pendrive atau apa-apa jua storage terkena virus tanpa ada backupnya pada kita. Apa perasaan anda? Sakit hati? Gila? atau gembira...?

Jangan risau, kalau anda ter delete atau ter format storage anda, masih ada harapan untuk untuk anda dapatkan kembali file atau dokumen anda itu. Tapi macam mana cara-cara untuk dapatkan file yang di format ini??..Jom kita lakukan..

1.   Download PC Inspector File Recovery. Size program ini hanya 3.30 MB dan ia sangat ringan.

**Jika tiada lagi laman ini, sila tinggalkan emel anda di bahagian komen untuk dapatkan installer dari saya.


2.   Selepas install, launchkan program tadi dan ia akan muncul seperti ini.

Pilih bahasa anda.

Skip bahagian ini, tekan je kat bentuk X..
3.   Ok, setelah itu akan muncul paparan utama program ini dan select "open drive" seperti gambar di bawah..




4.  Setelah open drive di pilih, akan muncul paparan di bawah, dan pilih pula "Rescan driver". 



5.   Kemudian akan muncul senarai usb atau storage anda, select storage anda dan tekan Find logical drives..*Pen drive aku adalah "NO NAME".

**jika anda ingin dapatkan file di dalam hardisk, pilih Phsyical drive bersebelahan Logical.

 

6.  Setelah itu, paparan dibawah akan muncul, set kan end sector (berbulat) kepada maximum dan tekan selesai (berpetak).


7.   Setelah ditekan, tunggu semua file yang telah dibuang dicari sehingga habis.


8.   Setelah selesai, akan muncul paparan dibawah dan double click pada storage anda, pastikan anda select storage anda yang betul.


9.  Kemudian akan muncul semua senarai folder, file, dokumen dan apa-apa jua yang pernah memasuki storage anda. Cari file yang dikehendaki (pada laman berpetak),right clik pada file tersebut dan select save to..

10.   Setelah itu, pilih direktori atau tempat yang anda ingin simpan file tersebut. Simpan ditempat yang mudah dicari seperti di halaman desktop anda. Setelah selesai memilih direktori untuk di "save" kan, tekan tanda right.



11.  Tunggu sehingga proses selesai dan siap.


Selesai..

Jangan nanges2 lagi kepada yang hilang dokumen-dokumen penting eh.. Bahagia2 la selalu..

GT-R TERBARU AKAN DILANCARKAN

Selepas gambar dan perincian mengenai GT-R baru bocor bulan lepas, berita terbaru  mengatakan GT-R mewah ini akan dilancarkan bulan depan di Jepun.  Sebelum ini khabar angin mengatakan GT-R baru ini dikenali sebagai Spec M, kini ia digelar pula sebagai "Egoist".


Nampak lebih bergaya. Egois akan mendapat sentuhan design terbaru bagi kombinasi grille dan bumper hadapan. LED daylight di bahagian bumper depan dan belakang akan menyerlahkan lagi kegarangan Egois. Bahagian tepi luar pula akan memiliki vents atau ruang udara baru bagi menyingkirkan haba dari transmission dan exhaust. Egois akan didatangkan dengan brek cakera (brake disc) 390 mm dan lighter 10-spoke wheels. 



Selain itu, turut dikurangan berat sebanyak 30 kg, ubahsuai dilakukan pada sistem turbo dan sistem ekzos. Tambahan lagi, gear ratios, spring rates and suspension belakang juga diselaraskan bagi memberikan penghasilan kuasa yang terbaik.