Kadang-kadang terlintas juga di hati aku ni dengan satu persoalan. Kalau dulu masa awal-awal berblog, satu cara untuk dapatkan BE adalah dengan berblogwalking dari shoutbox ke shoutbox. Masa tu memang excited sangat. Tapi berapa lamakah mental dapat bertahan dengan hari-hari asyik fikirkan trafik jer?
Makan ingat trafik, nak tidur fikir trafik, ke jamban pun terngiang-ngiang ayat "Hye, bw here" "Dtg sini, jom la jemput tgk update baru" dan macam bagai lagi. Lepas beberapa bulan, mental aku tak tahan dah. Aku malas nak blogwalking lagi. Tapi dalam masa tu rezeki tuhan yang tentukan, trafik aku tetap mencanak. Alhamdulillah.
Sebentar tadi aku terfikir, bolehkah dengan Blogwalking dan dapat trafik sebegitu adil kepada advertiser? Faham la kan, orang yang datang dari shoutbox ni, masuk ke blog kita hanya semata-mata nak tinggalkan link. Dari 100 orang, mungkin hanya 3 orang sahaja yang berminat nak baca.
Berkualiti tak trafik tu? Kalau aku advertiser, aku pun tak kan nak letakkan iklan dalam blog yang trafik entah tiada kualiti sebegitu. Baca entry pun tidaknya, iklan apatah lagi? Kalau yang klik pun semata-mata nak suruh orang klikkan iklan dia. Aku jadi advertiser pun, tak nak la buat rugi duit aku ja melabur.
Dan akhirnya, aku tak pasti tentang ini, apa kata siapa-siapa g tanya Nuffnang sendiri. Aku malas.
2 Comment:
letak nuffnang pun x gune gak kalau nak naikkan traffik kan?..nak traffik naik,kena rajin mengomen entri blogger lain..shoutmix tu hanya tinggalkan jejak sementara..(otai2 blogger cakap la,sis pun x pasti sgt sbb still newbie,hehe).
A'ar..betul tu :)
Post a Comment