Thursday, March 10, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA DAN PAKISTAN | MALAYSIA VS PAKISTAN 9/3

Almy baru saja tadi bersiap sedia untuk pergi "berperang" dengan Pakistan. Punya la semangat. Tup tup, siaran pula ada masalah teknikal. Mau tension kepala otak ni. Aduyaii..

Dah siap sedia semua batalion-batalion untuk pergi berperang malam ni. Dah la tak dapat information awal tentang pembatalan siaran.

Terus Almy dan batalion lancarkan plan B, iaitu internet je la. Ini yang Almy dapat.

Minit ke 10: kedudukan masih kosong-kosong, update dari status twitter rakan.

Minit ke 20: Harimau muda masih tidak menjaringkan gol, hampa. Finishing yang tak berapa kemas. Masih 0-0 sekarang ini.

Minit ke 25: Masih kosong-kosong lagi.

Minit ke 40-45: Buntu tiada jaringan. 2 kad kuning dilayangkan kepad pemain malaysia.

Tamat separuh masa pertama.

Analisis separuh masa pertama: Analysis dari rakan mengatakan pakistan lebih banyak menyerang, dan hampir menjaringkan gol, (tapi tak tahu minit ke berapa tadi).
Separuh masa kedua sudah berlangsung.

Minit ke 47 : Masih lagi 0-0. Malaysia ada satu chance tadi kena palang. Pakistan ada juga membuat serangan, semua easy for keeper. Cayalah KFC.

Minit ke 56: Masih kosong-kosong 0-0. Hampeh!!

Minit ke 75: Kosong-kosong 0-0 lagi…. Zzzz… nak tidor dibuatnya kawan disana.

Minit ke 79: Kosong-kosong, malaysia bermain dengan lebih kemas pada separuh masa kedua, cuma finishing kurang kemas.

Minit ke 80: Perlawanan yang berbaki 10 minit lagi, dengan keadaan disana sejuk sebenarnya, suhu 12′C. Takda gol lagi.

Minit ke 90 : Sudah habis masa, masa tambahan 3 minit. Malaysia control ball semua.

Minit ke 93 : Perlawanan sudah tamat. Keputusan penuh 0-0. Aggregate 2-0. Tahniah malaysia. Next stage kita tunggu. Huhu.

Ok, dah. Malaysia menang dengan agregat 2-0. Tahniah Malaysia. Sumber dari Bernama, eh silap, dari zikrihusaini.com. Cepat pergi tengok, ada gambar lagi..

2 Comment:

nuriz said...

tahniah Malaysia!! Malaysia boleh

cik ubi said...

naseb agregat menang .