Wednesday, March 2, 2011

JANGAN BELI KERETA PROTON LAGI

Berita yang aku baru terima dan tahu. Jika korang peminat kereta proton, baik hentikan sekejap niat untuk beli kereta keluaran Proton ni. Bukan menghasut, tetapi inilah kenyataan. Kalau dulu Proton bekerjasama dengan Mitsubishi dan sekarang ni dengan Lotus.

Memang satu kejayaan yang besar. Kalau dulu menggunakan enjin 4Gxx, kini Campro atau CPS. Akan datang, Proton mungkin pula akan menggunakan enjin SRxx. Tak faham lagi? Proton sudah menandatangai MoU untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta Nissan.

Tahukan Skyline, Silvia, Sentra dan beberapa buah model lagi adalah keluaran Nissan? Ya, itulah tajuk aku. Kalau proton selepas ini mengeluarkan kereta yang dibangunkan bersama Nissan, apakah output kereta itu nanti? Mungkinkah akan setaraf dengan jenama-jenama Nissan yang lain? Tapi kalau Proton masukkan enjin SR20 dalam model akan datang, memang gempak habis.


Aku suka. Tapi nak beli kena tunggu ada duit la dulu. Aku buat cerita ker? Kalau buat cerita, korang salahkanlah Bernama, sebab aku pun terbaca kat sana. Tapi hebat ke Nissan ni? Terpulang kat individu, tapi takkan pula Tengku Djan pasang SR20 kat Waja dia dulu sebab SR20 ni tak hebatkan. So?

6 Comment:

hana said...

hehe...
saye pasal kete nh x phm la..
haha

Almy said...

Hehe..kena gak amek taw..nt nk nek keta juga :D

N@di@ said...

nadia xpahm apa yg cuba dismapikan nih huhuhu blur jap sbb xtahu sgt passl keta bawk ja tahu hohoho ^__^

Almy said...

Hihi..sori N@di@.. Almy cuma nak gitau, Proton akan bekerjasama dgn Nissan pula lps ni. Sblum ni,proton dgn lotus kan? So, akan dtg ni, Nissan akan berkongsi kepkaran dgn jurutera kita pula dlm pmbinaan model kereta proton akn dtg ni (^_^) Paham x? Xpham gak, komen lg..

Najed said...

mula-mula baca tajuk ingatkan marah..rupanya lain maksud..fuhh! :)

Almy said...

Hehe..tu tajuk suh org sabar kejap..huhu..