Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI DI JEPUN 2011 | BALA ATAU UJIAN

Almy tengah sibuk nak pergi kerja tadi, dapat tahu Tsunami berlaku kat Jepun. Sempat la juga tengok video Tsunami tu sebelum ke tempat kerja. Teruk sangat kan. Dengan kekuatan 8.9 skala ritcher. Di tambahkan pula dengan hari Jumaat ia berlaku. 11 Mac 2011.

Apakah ini amaran atau hanya kejadian Tuhan yang berhikmah? Kenapa tak seharusnya kita sebut ianya suatu bala? Kerana kita tak dapat pastikan sekarang akan hikmah disebalik kejadian Allah ini. Hanya Allah yang mengetahui ianya suatu ujian atau bala, dan kita tidak layak menghukum akan kejadian seperti ini.

Umat Islam di Jepun melebihi 60 - 70 ribu pada tahun 2005 [rujukan]. Almy tak nak berceloteh panjang. Jom tengok video dari youtube mengenai kejadian Tsunami di Jepun.





Apa yang dapat Almy pelajari sedikit, kemajuan teknologi tidak akan mampu menandingi kuasa Pencipta ^_^

Friday, March 11, 2011

FACEBLOG, TOLONG HENTIKAN OPERASI

Tajuk agak kurang ajar sedikit. Kalau tak tulis macam tu, ada tak respon pembaca agak-agak korang? Almy minta maaf kalau ada yang tersedak bila baca tajuk kat atas tu. Kalau ada yang termelatah, Almy pun minta maaf.

Almy baru tahu akan kewujudan Faceblog ni. Dan tahniah Almy ucapkan kepada anak Malaysia yang berjaya membina sebuah lagi Komuniti Blogger seperti Geng Blogger, Innit dan lain-lain lagi. Memang apa yang Almy nampak, Faceblog ni mampu untuk menjadi setaraf dengan GB dan Innit.

Sebab apa yang Almy nampak inilah yang Almy minta selidik kembali untuk terus menjalankan operasi. Kerana apa?
  1. Facebook Patentkan Perkataan "FACE"
  2. Patent Office Agrees To Facebook’s “Face” Trademark
  • Facebook dengan ini telah menjadikan "Face" sebagai trademark mereka dan perkataan Face tidak boleh digunakan dalam internet sebagai sebuah servis atau apa-apa komuniti seperti FaceChat, FaceMail dan sebagainya.
  • Bayangkanlah andai FaceBlog berjaya ke peringkat antarabangsa dan mencapai keuntungan lebih RM 1 Juta setahun, adakah Facebook akan berdiam diri sahaja? Perkataan Face yang lebih sinonim dengan Facebook juga mungkin akan dijadikan alasan FaceBlog menggunakan populariti mereka. Dan ditambah dengan logo yang hampir sama.
  • Jika tiada keuntungan wang ringgit, mungkin Almy tak tergerak untuk tegur. Almy sekadar menegur dan memberi pandangan. Hentikan operasi dengan menggunakan perkataan Face, dan teruskan servis serta komuniti FaceBlog dengan menggunakan nama lain.

Akhir kata, andai entry ini menimbulkan kekusutan kepada pemilik FaceBlog, anggaplah ia sebagai dugaan. Kerana sesuatu dengan dugaan lebih bermakna bila berjaya kelak. Juga sebagai dugaan dari tuhan untuk kita kembali kepada petunjuk-Nya.

    Thursday, March 10, 2011

    KALAU KAHWIN LELAKI MUDA

    Cik 18 SuKa NoMbOr 18 telah kentengahkan pendapat beliau. Sekarang Almy pula nak masuk campur bagi pendapat pula. "kalo dapat suami muda", Cik 18 kita cakap tak suka dan tak nak. Almy nak tanya satu soalan sikit kepada perempuan-perempuan yang berasa dah lanjut umur.

    Suka tak bila orang cakap :
    • "Awak ni memang mengancam la, dah berusia tapi dapat laki muda"
    • "Awak guna ilmu apa eh, boleh dapat laki muda, guna cakar harimau ke cik yah oi?"
    • "Romantik la korang dua, cinta tanpa mengira umur dan usia"
    • "Baguslah dapat laki muda, awak sayanglah dia betul-betul, nanti bila awak dah tak larat, In'Allah dia akan jaga awak"

    Cukuplah empat itu je ya Cik 18 ^_^ Rasa bangga tak bila orang tanya camtu kat kita? Tidak? Eh, awak ni hati kering kot. Apa yang penting, tuhan aturkan jodoh untuk kita. Dan aturan Dia adalah yang terbaik. Jangan dikenang kata negative orang.

    Lagi satu, bila isteri dah penat bekerja, si suami masih mampu membantu, kan.


    Kita tak kan boleh puaskan hati semua orang. Yang penting kita bahagia. Bak kata Siti Nurhaliza dalam HotFM, endahkan kata-kata negative, buatlah yang sebaik kita rasa. (Rasanya ayat tak sama, tapi maksud sama kot)

    Hehe, Almy dah bagi pendapat Almy untuk pandangan Cik 18. Ada sapa2 lagi tak ada pendapat? Jangan marah tau cik 18, ini pendapat peribadi Almy ^_^ Berkongsi pendapat itu meluaskan dada, eh, meluaskan pemikiran.

    Siapa sokong pendapat Almy, komen kat sini, siapa tak sokong, pergi komen kat blog Cik 18. But never to kutuk n maki-maki. Ini hanya percanggahan bersih. Siapa maki, Almy delete je komen dia. Kalau teruk sangat, gi report kat My Uncle, Mr Google.

    KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA DAN PAKISTAN | MALAYSIA VS PAKISTAN 9/3

    Almy baru saja tadi bersiap sedia untuk pergi "berperang" dengan Pakistan. Punya la semangat. Tup tup, siaran pula ada masalah teknikal. Mau tension kepala otak ni. Aduyaii..

    Dah siap sedia semua batalion-batalion untuk pergi berperang malam ni. Dah la tak dapat information awal tentang pembatalan siaran.

    Terus Almy dan batalion lancarkan plan B, iaitu internet je la. Ini yang Almy dapat.

    Minit ke 10: kedudukan masih kosong-kosong, update dari status twitter rakan.

    Minit ke 20: Harimau muda masih tidak menjaringkan gol, hampa. Finishing yang tak berapa kemas. Masih 0-0 sekarang ini.

    Minit ke 25: Masih kosong-kosong lagi.

    Minit ke 40-45: Buntu tiada jaringan. 2 kad kuning dilayangkan kepad pemain malaysia.

    Tamat separuh masa pertama.

    Analisis separuh masa pertama: Analysis dari rakan mengatakan pakistan lebih banyak menyerang, dan hampir menjaringkan gol, (tapi tak tahu minit ke berapa tadi).
    Separuh masa kedua sudah berlangsung.

    Minit ke 47 : Masih lagi 0-0. Malaysia ada satu chance tadi kena palang. Pakistan ada juga membuat serangan, semua easy for keeper. Cayalah KFC.

    Minit ke 56: Masih kosong-kosong 0-0. Hampeh!!

    Minit ke 75: Kosong-kosong 0-0 lagi…. Zzzz… nak tidor dibuatnya kawan disana.

    Minit ke 79: Kosong-kosong, malaysia bermain dengan lebih kemas pada separuh masa kedua, cuma finishing kurang kemas.

    Minit ke 80: Perlawanan yang berbaki 10 minit lagi, dengan keadaan disana sejuk sebenarnya, suhu 12′C. Takda gol lagi.

    Minit ke 90 : Sudah habis masa, masa tambahan 3 minit. Malaysia control ball semua.

    Minit ke 93 : Perlawanan sudah tamat. Keputusan penuh 0-0. Aggregate 2-0. Tahniah malaysia. Next stage kita tunggu. Huhu.

    Ok, dah. Malaysia menang dengan agregat 2-0. Tahniah Malaysia. Sumber dari Bernama, eh silap, dari zikrihusaini.com. Cepat pergi tengok, ada gambar lagi..

    Wednesday, March 9, 2011

    PERSONALITI DARI TULISAN

    Almy nak sokong hampir seratus peratus apa yang dikatakan oleh cik Diana. Ada ka patut cik Diana cakap cara penulisan tidak menggambarkan sikap sebenar blogger. Memang betul pun dengan apa yang Almy lalui sebelum-sebelum ni.

    Dan dengan cara penulisan Almy sendiri pun lain sangat dengan diri Almy. Kalau kawan-kawan yang baca, ramai tertanya-tanya, betul ke ko yang tulis ni. Almy nak cakap apa, Almy jawab je la, bukan aku yang tulis, anak mak lang aku yang tulis. ^_^


    Tetapi, apa yang kita tulis itulah yang dinilai dan mempunyai nilai sendiri. Kita hanya kongsikan apa yang kita rasa menarik. Dan penyampaian kita yang akan jadikan kita berbeza. Tak gitu?

    ALMY NAK BLOGWALKING 5 BULAN

    Almy dapat masa percuma selama 5 bulan. So, dalam masa 5 bulan ni, Almy nak blogwalking sampai letih.. 5 bulan tanpa kerja, tanpa apa-apa, boleh update blog macam biasa, boleh blogwalking kembali. Boleh tenangkan fikiran. Tak nak serabut-serabutkan kepala dengan kerja lagi.. Lepas 5 bulan ni nak kena push betul-betul.


    So now, time to blogwalking. Ops, full time blogwalking. Who want to join me? Are u dare? Jom lihat apa yang kita boleh buat dalam masa 5 bulan ni.

    Warning : Ini hanya entry untuk naikkan semangat

    Tuesday, March 8, 2011

    KAJIAN UNTUK MENAIKKAN RON 95 LAGI | RON 95 NAIK LAGI

    Aduh, nak naik lagi ker? Kenapa asyik buat kajian untuk naik jer? Bila pula kajian nak turunkan minyak? Entahlah, naik pun boleh buat apa, tak guna minyak, tak boleh jalan pula si kereta tu. Siapa sokong aku untuk lakukan kajian menurunkan minyak? (^_^) Tolonglah kesiankan kat kami yang gaji tak tentu hala ni. Tak pentingkah kami sampai diabaikan? But the most important things, think positive like TG.


    "KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

    ''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

    ''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

    Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - Utusan"
    Terima kasih kepada yang berkenaan (^_^) 

    Monday, March 7, 2011

    MAKSIAT DALAM RAHMAT

    Hujan satu rahmat, tapi dalam rahmat, masih juga ada yang bermaksiat. Tidak hargai rahmat atau terlalu menggunakan rahmat? Selalu juga bila hujan turun, mesti akan ada saja kereta yang parking di sisi jalan, di tempat lapang, kawasan taman dan pelbagai tempat lagi.

    Apakah yang akan dilakukan oleh sepasang kekasih berdua-duaan dalam kereta dengan suasana dingin kesejukan air cond dan hujan? Aku rasa maybe diorang ni takut untuk drive time hujan. Mungkin mata kurang jelas dan mahu mengelakkan kemalangan.

    Think positive ok. (^_^)


    Sunday, March 6, 2011

    TRAFIK DARI SHOUTBOX TIDAK MENJAMIN BE

    Kadang-kadang terlintas juga di hati aku ni dengan satu persoalan. Kalau dulu masa awal-awal berblog, satu cara untuk dapatkan BE adalah dengan berblogwalking dari shoutbox ke shoutbox. Masa tu memang excited sangat. Tapi berapa lamakah mental dapat bertahan dengan hari-hari asyik fikirkan trafik jer?

    Makan ingat trafik, nak tidur fikir trafik, ke jamban pun terngiang-ngiang ayat "Hye, bw here" "Dtg sini, jom la jemput tgk update baru" dan macam bagai lagi. Lepas beberapa bulan, mental aku tak tahan dah. Aku malas nak blogwalking lagi. Tapi dalam masa tu rezeki tuhan yang tentukan, trafik aku tetap mencanak. Alhamdulillah.

    Sebentar tadi aku terfikir, bolehkah dengan Blogwalking dan dapat trafik sebegitu adil kepada advertiser? Faham la kan, orang yang datang dari shoutbox ni, masuk ke blog kita hanya semata-mata nak tinggalkan link. Dari 100 orang, mungkin hanya 3 orang sahaja yang berminat nak baca.


    Berkualiti tak trafik tu? Kalau aku advertiser, aku pun tak kan nak letakkan iklan dalam blog yang trafik entah tiada kualiti sebegitu. Baca entry pun tidaknya, iklan apatah lagi? Kalau yang klik pun semata-mata nak suruh orang klikkan iklan dia. Aku jadi advertiser pun, tak nak la buat rugi duit aku ja melabur.

    Dan akhirnya, aku tak pasti tentang ini, apa kata siapa-siapa g tanya Nuffnang sendiri. Aku malas.

    Saturday, March 5, 2011

    SAFEE SALI HASILKAN GOL KEMENANGAN LAGI

    Belum habis isu Safee Sali gegarkan pasukannya dengan menjaringkan 2 gol menewaskan lawan dalam perlawanan persahabatan, kini Safee berjaya membawakan kemenangan kepada pasukan Pelita Jaya dalam perlawanan pertama beliau. Gol tunggal yang dijaringkan beliau telah membawakan kemenangan kepada pasukannya.

    Safee dalam perlawanan tersebut menyarung jersi 55. Nombor tersebut menurut satu sumber adalah kerana sedikit kesilapan teknikal.

    AKU RASA MACAM NAK BUAT SATU BENDA

    Aku mimpi something semalam. Mimpi untuk masukkan satu ruangan dalam blog ini. Entahlah, macam logik, dan macam tak logik pun ada juga. Tapi masukkan ja la dulu kan, lagi pun, bukan semua orang mimpi sama kan. 

    Apa yang paling penting, usaha, usaha, usaha, doa dan tawakkal. Selamat pagi semua. Moga sihat hari ini. (^__^)


    Friday, March 4, 2011

    MALAYSIA AKAN MUSNAH?

    Tajuk ini pun dah cukup menimbulkan beribu-ribu pertanyaan. Kenapa aku timbulkan isu sebegini? Ini kerana menurut laporan Global Financial Integrity (GFI), sebuah program dan badan yang mengkaji integriti kewangan negara-negara di dunia. Menurut laporan dari laman web tersebut, Malaysia merupakan antara yang tersenarai dalam 10 negara yang terlibat dalam aliran keluar wang secara haram.

    Tapi, di kedudukan berapakah Malaysia? Ini carta kedudukannya antara tahun 2000 hingga 2008 :
    1. China: $2.18 trillion
    2. Russia: $427 billion
    3. Mexico: $416 billon
    4. Saudi Arabia: $302 billion
    5. Malaysia: $291 billion
    6. United Arab Emirates: $276 billion
    7. Kuwait: $242 billion
    8. Venezuela: $157 billion
    9. Qatar: $138 billion
    10. Nigeria: $130 billion
    Sekadar hiasan

    Wahh.. Begitu tinggikan kedudukan dan angka yang diseleweng begitu sahaja. Aliran wang yang keluar secara haram adalah disebabkan oleh salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan bermacam-macam lagi. Alangkah bagusnya kalau wang itu dilaburkan ke tempat yang betul.

    Tapi kita cuma insan kecil, hanya mampu mengodek melalui kata-kata. Barisan tertinggi negara yang patut memastikan semuanya kembali pulih dan jauh dari aktiviti sebegini.

    FASA KE 3 DAH OK KOT

    Dah penat den diuji oleh blog ni. Tapi berbekalkan ego, Almy teruskan juga siapkan Bloglist kengkawan blogger. Ada kat bahagian sidebar kanan bawah sedikit. Lepas tu dah di atur mengikut kesesuaian Almy sendiri. Hope reader-reader pun dapat menyelesakan mata dengan aturan baru ni. Dan akhirnya tinggal 1 fasa terakhir.

    Kepada blogger yang nak tersenarai dalam blogslit Almy, bolehlah hantarkan kat bahagian komen eh. Tapi dengan syarat, letakkan blog Almy kat bloglist korang juga. Tak aci la Almy letak sorang-sorang, tak ada komunikasi dua hala orang cakap (^_^) Dan yang dah letakkan Almy dalam list blog masing-masing, gitau juga, Almy nak masukkan dalam bloglist yang sesuai. Tapi itu pun setelah Almy puas hati  dengan aturan bloglist korang. Ok,setakat itu sajzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... Krooooohhh... Phiuuuuhhhhh..

    Thursday, March 3, 2011

    CLICK YOUR NUFFNANG

    Dah biasa kan dengan ayat seperti

    "Dah klik nuff awak"
    "Click ur nuff, click me back"
    "Dtg klik nuff"

    Dan beraneka bagai lagi. Blogger baru mahupun blogger lama, jangan lakukan perkara ini. Jangan jadikan prinsip dan pegangan diri kita goyah hanya kerana duit. Bila kita dihambakan oleh duit, bermaca-macam kejahatan yang akan berlaku. Sebab tu lah banyak negara akan musnah. Kerana duit dan wang.

    Bagi yang sedikit pandai, memang apa yang dia tinggalkan mesej kat S/mix dan s/box dengan tujuan orang akan kembali ke blog dia untuk klikkan iklan nuffnang dia. Tapi benarkah apa yang anda lakukan? Kebanyakkan mereka hanya klik pada lambang Nuffnang. Bukan pada iklan Nuffnang. Ini buktinya.


    Kenapa aku katakan begitu? Kerana iklan yang Nuffnang letakkan pada blog kita adalah menggunakan Flash, dan coding untuk ke laman pihak pengiklan tidak akan boleh didetect melainkan sistem yang digunakan pihak Nuffnang sendiri. Coding itu sebenarnya ditanam bersama animation iklan. Datanglah klik sesuka hati, dah ada yang kena banned dan kena potong income. Nantikan entry akan datang. (^__^)

    BOM DAH SAMPAI KAT MALAYSIA

    Hari ni aku terbaca satu kejadian yang berlaku di KLIA. Tapi bom ini bukan ugutan atau apa-apa. Bom yang ditemui oleh pekerja di tapak binaan KLIA II ini dipercayai adalah dari peninggalan Perang Dunia II.

    Dan disebabkan penemuan bom itu, sebanyak lebih 56 penerbangan terpaksa ditangguhkan. Aku baca kat thestar.com, servis lapangan terbang KLIA ni diberhentikan sebanyak dua kali. Dari jam 11 pagi hingga tengahari dan jam 3 petang hingga 3.30 petang.


    Punyalah aku bercerita sampai terlupa nak bagitau bila yang jadi. Kejadian ini terjadi apabila pekerja di tapak binaan menemui bom itu pada Isnin malam. Bom itu akhirnya diletupkan.

    Letupan pertama telah mempengaruhi 37 filght dan letupan ke-2 pula 19 ketibaan dan pelepasan. Akhirnya pada 3.18 petang, semua boleh berjalan seperti asal.

    CARA TARIK ADVERTISER LETAKKAN BE NUFFNANG

    Selalu, banyak sangat dah tip-tip untuk mendapatkan Buferred Earning dari Nuffnang. Aku pun rasa dah banyak juga yang muak dengan bermacam-macam pendapat yang entah apa-apa. Bukan semuanya tak boleh pakai, ada banyak juga yang boleh diguna pakaikan. Eh, tapi kenapa perlu tarik advertiser? Sebab utamanya, advertiserlah yang akan memilih blog untuk meletakkan BE.

    Aku teruskan kepada cara-cara.
    • Jadikan blog atau web kita sebagai satu laman yang friendly.
    1. Advertiser sukakan blog yang ada interaksi antara penulis dan juga pembaca. Kerana tanpa interaksi yang baik, pembaca atau pun pelawat akan masuk dan terus keluar begitu sahaja.
    Mesra, mesra, mesra.. (^_^)

    • Bina blog yang simple but interesting.
    1. Advertiser mahukan blog yang boleh menarik minat pembaca/pelawat untuk nampak iklan yang mereka paparkan di blog kita.
    2. Jika blog atau laman kita mempunyai grafik yang tinggi, beraneka bagai gadget yang boleh tenggelamkan perhatian pembaca terhadap iklan Advertiser, adakah mereka nak letakkan iklan lagi?
    3. Sebab itulah, blog yang simple tetapi menarik penulisan dan entry mungkin menjadi pilihan.
    Keamanan..

      • Jadikan "Negara" yang aman, kukuh dan menarik.
      1. Blog itu adalah sebuah negara. Fahamkan ia di entry ini.
      2. Dah faham kan? Jika anda advertiser, mahukan anda iklan produk kecantikan di negara yang berperang? Mahukah iklan produk di negara yang porak peranda?
      3. So, bina negara anda dengan cara yang terbaik.
      Ok, itu sahaja sedikit tip yang aku ingin kongsikan. Dari apa yang pernah aku cuba, Alhamdulillah. Cuma aku kurang sikit untuk kongsikan atas sebab prinsip diri. Ini mungkin pendapat peribadi aku sebagai seorang advertiser. Untuk tip trafik kena berapa banyak, status glitteri tu, rasanya dah banyak yang tulis. Selamat mencuba (^_^)

        Wednesday, March 2, 2011

        JANGAN BELI KERETA PROTON LAGI

        Berita yang aku baru terima dan tahu. Jika korang peminat kereta proton, baik hentikan sekejap niat untuk beli kereta keluaran Proton ni. Bukan menghasut, tetapi inilah kenyataan. Kalau dulu Proton bekerjasama dengan Mitsubishi dan sekarang ni dengan Lotus.

        Memang satu kejayaan yang besar. Kalau dulu menggunakan enjin 4Gxx, kini Campro atau CPS. Akan datang, Proton mungkin pula akan menggunakan enjin SRxx. Tak faham lagi? Proton sudah menandatangai MoU untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta Nissan.

        Tahukan Skyline, Silvia, Sentra dan beberapa buah model lagi adalah keluaran Nissan? Ya, itulah tajuk aku. Kalau proton selepas ini mengeluarkan kereta yang dibangunkan bersama Nissan, apakah output kereta itu nanti? Mungkinkah akan setaraf dengan jenama-jenama Nissan yang lain? Tapi kalau Proton masukkan enjin SR20 dalam model akan datang, memang gempak habis.


        Aku suka. Tapi nak beli kena tunggu ada duit la dulu. Aku buat cerita ker? Kalau buat cerita, korang salahkanlah Bernama, sebab aku pun terbaca kat sana. Tapi hebat ke Nissan ni? Terpulang kat individu, tapi takkan pula Tengku Djan pasang SR20 kat Waja dia dulu sebab SR20 ni tak hebatkan. So?

        MARI BERSATU JATUHKAN BLOGGER BARU

        Mari semua kita bersatu jatuhkan blogger-blogger baru ni. Kenapa perlu kita jatuhkan mereka ni? Sebab mereka ni sedang cuba kacau periuk nasi kita.

        Apa la punya pendek akal fikiran orang yang fikir macam ni. Ada ka patut sesuka hati kacau orang nak lakukan perkara yang tak salah ni. Sepatutnya orang yang dah lama berblog kenalah bantu blogger baru yang baru nak masuk alam ni. Bukan blogger lama yang nak  buka blog baru.

        Idea dari orang baru juga kadang-kadang lebih bernas dan lebih unik dari orang lama. Contohnya sebagaimana Yusoff Haslam mennyemarakkan dunia Drift dengan filem Evolusi KL Drift. Orang yang tak minat kartun Initial D tak kan tahu sukan ni sebelum keluarnya filem EKLD ni.

        Kenapa nak susah jatuhkan blogger baru. Kalau betul nak jatuhkan juga, korang pergilah jatuhkan sekolah-sekolah yang ada sekarang ni. Kalau sekolah jatuh, maka tak ada lagilah orang yang berpelajaran, dan tak akan adalah orang yang akan kacau periuk nasi korang lagi (^_^)

        Tuesday, March 1, 2011

        DRIFTER MALAYSIA DIKEJAR POLIS MENDAPAT PERHATIAN LUAR NEGARA

        Aku layan satu website ni, dan aku terkejut bila terpampang gambar kereta Waja Polis Malaysia. Ianya mendapat perhatian dari luar negara. Dan penulis itu juga "respect" gila dengan drifter tu. Drifter yang menaiki RX7 itu telah melanggar polis dan berjaya meloloskan dari kepungan 3 biji kereta polis. Aku sertakan printscreen dari web tersebut. Bahasa Belanda (Dutch). Gunalah Google Translate..

        http://www.clint.be/clinttv/fun/lefgozer-speelt-met-flikken-video

        Dan aku cukup berbangga bila ada yang memuji drifter kita. Tapi sayang, ia sebenarnya adalah sebuah filem yang akan muncul di pawagam nanti. Korang tahu kan filem apa? Ya, filem Kongsi. Kalau korang dah baca ni, jangan la pula bagitau kat luar negara ok. Biarlah kita berbangga dengan pujian dan gossip tersebut. Ok, Aku tengah gelak ni.

        Jom layan trailer KOngsi, Lu Langsi, Lu Mati. (^_^)