Saturday, November 27, 2010

SM NASARUDIN TOKOH AUTOMOTIF NEGARA 2010

SM Nasarudin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza di anugerahkan sebagai Tokoh Automotif  Negara pada tahun ini dalam majlis Majlis Malam Anugerah Kereta Terbaik 2010 (COTY) yang dianjurkan oleh Maybank dan New Straits Times Sdn Bhd (NST) malam tadi.

SM Nasarudin berkata, beliau amat bangga kerana mendapat peluang untuk menerima anugerah yang berharga itu dan sekaligus dapat memenuhi impian arwah ayahnya, Tan Sri Nasamuddin SM Amin.

SM Nasarudin merupakan anak kedua kepada Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin dan berusia 27 tahun. SM Nasarudin, SM Faisal dan adik mereka SM Faliq menguasai kepentingan dalam Kumpulan Naza bernilai RM 3 Billion. Beliau juga menamatkan pengajiannya dari University of Southern California.

 
Pada tahun 2005, SM Nasarudin bekerja sebagai pelatih pengurusan dalam Naza Kia Sdn Bhd sehingga beliau dilantk sebagai ketua operasi Naza Corporation Sdn Bhd pada tahun 2006. Kemuncaknya, pada 2008 beliau diamanahkan jawatan CEO dalam ketiga-tiga syarikat-syarikat Naza :
  • Nasim Sdn Bhd (Francais Peugeot),
  • Naza Corporation Sdn Bhd,
  • NZ Diners Sdn Bhd.

**Bila almy boleh dapat Tokoh Blogger?

4 Comment:

afee ali said...

wah3! die ni mst abg pd girl yg die punye wedding mcm fairytale tu kn? dlu pnh ad kt fesbuk video tu. :)

MIMIE AIZA said...

erkk kaya ni.. hahaha

Cempakamelati said...

tahniah buat beliau

RoseHana said...

mude lagi tu...hohoi