Wednesday, November 17, 2010

VOLKSWAGEN BLUE-E-MOTION TENAGA ELEKTRIK

Selepas terkenal kerana mengeluarkan kenderaan berenjin diesel bersih, kini VW hampir menarik pelbagai golongan bagi memiliki kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik sebagai langkah alternatif kepada penggunaan minyak. 

Dengan teknologi ini, ia lebih mesra alam dan mengurangkan pencemaran kepada persekitaran berbanding penggunaan petrol dan diesel yang mengeluarkan pelbagai bahan yang yang mencemarkan. Kini VW kembali dengan Golf blue-e-motion yang pasti menarik minat pengguna.


Golf blue-e-motion lima pintu ini boleh bergerak sejauh 93 batu atau 150 km sebelum perlu dicas kembali. Menggunakan bateri lithium-ion dan motor elektrik yang berkapasiti 26.5 kilowatt/hour. Ia juga mampu untuk menjana tenaga daripada pembrekan seperti kenderaan elektrik yang lain.

**Tak perlu risau tentang kenaikan harga petrol atau diesel lagi. Tapi jangan sampai harga elektrik pun dinaikkan juga nanti..