Tuesday, November 9, 2010

LAPTOP MENYEBABKAN SPERMA TIDAK BERKUALITI

Kajian menunjukkan, penggunaan laptop mampu membuatkan sperma menjadi tidak berkualiti. Yelim Sheynkin, seorang urologist di State University of New York. Dalam kajian tersebut, termometer yang digunakan untuk mengukur suhu scrotum (telur) dari 29 lelaki muda yang meletakkan laptop di atas lutut mereka. Walaupun dengan pelapik pad dibawah laptop, scrotum lelaki tetap menjadi cepat panas.

Dalam masa 10 hingga 15 minit, keadaan scrotum mereka berada pada tahap yang tidak selamat lagi walaupun tanpa menyedarinya. Sheynkin menambah, tidak ada lagi kajian sebelum ini meneliti bagaimana laptop boleh mempengaruhi kesuburan lelaki dan tidak juga ada bukti yang kukuh berkaitan perkara ini.

Tetapi kajian sebelumnya telah menunjukkan bahawa kelakuan itu menyebabkan pemanasan scrotum lebih dari satu darjah Celsius (1.8 darjah Fahrenheit) dan cukup untuk merosakkan sperma. Walaupun dengan menjarakkan peha dan menggunakan pad yang lebih besar, dalam masa 30 minit scrotum akan mula overheating. Reuters.

**Nasib baik la PC aka desktop tak boleh letak atas peha.. Kalau tak, bukan sperma je yang rosak, oppss...

12 Comment:

Qa said...

HEHEHE..ENTRI MENARIK!

teddyuna said...

bunyinya mnkutkn

p3perak said...

wow.. terbaca pula..
betul eh fakta ni??
pmpuan x effect pe2 kan??
muahahha

Almy said...

Haha..sabar je la.. pompuan cuma merana je law laki xsubur..hihi

miss ladies said...

haihh! pempuan kene hati2 laa..tak dapat wujudkan kilang anak pulak.. hehehe ;DDD

cemomoi said...

berita baik untuk orang yang nak merancang!

mellyana sara said...

kalau PC leh letak atas peha ape eh yang rosak? hahhaha!

Nurulbadiah Lai said...

hahahah..
nti bile kawen..
will warn my hubby..jgn letak lappy tas peha

Affan Ruslan said...

haha. baru tau. bahaya ni.
kalau letak atas meja tak pe kan. heh

mira the monster said...

ohh no..berjage2 la wahai kaum lelaki

Shino said...

nsb ak ltk ats meja...kirenye ak sgt subur la..hehehe...

fikirlah said...

nice info..salah satu sebab ialah daripada medan magnet yang terhasil dari laptop tersebut...