Tuesday, November 30, 2010

TOLONG JAWAB SURVEY, THANKS TAU..

Hai semua, kita berjumpa lagi dalam rancangan, APA KATA SURVEY.. (^_^)

Gurau ja, Almy nak minta tolong semua pembaca setia, pembaca yang tak setia atau curang, pengunjung yang datang berblogwalking, pengunjung yang datang dari search engine atau dari mana-mana ja. Almy minta tolong jasa semua untuk jawab survey yang sekarang ni tengah menari-nari di sidebar kanan blog ni.

Yang warna oren tu tau. Tolong eh, law tak nak tolong, almy nak minta tolong juga. Almy letak dari sekarang sehingga la esok petang pukul 6.30.

Sekali Lagi, Thanks sangat-sangat tau, Thanks tau.. See tommorow, eh silap, tomorrow. Sori eh, keyboard tak boleh guna backspace, maybe sebab back to space kot.  (T_T)

Jap, semua ada 7 soalan termasuk dengan soalan Nuffnang. Thanks sekali lagi :)

##ALMY NAK LETAK LAMA-LAMA SIKIT, TAK JADI NAK BUANG, ASA SAYANG PULA, KALAU ADA SAPA2 YANG NAK JAWAB, THANKS TAU, SETAKAT SEKARANG DAH 100 LEBIH YANG JAWAB, THANKS TAU,

SUBARU IMPREZA 2011 KONSEP DESIGN

Subaru of America, Inc. melancarkan konsep design untuk Subaru Impreza 2011. Design terbaru ini lebih bercirikan kepada model masa hadapan dan paparan yang menarik. Konsep kali ini lebih kepada memberikan pemanduan yang dinamik dan keyakinan diri.

Konsep Impreza ini telah dipaparkan dalam show yang berlangsung pada 19-28 November di Los Angeles Convention Center. Ia lebih membawa kepada perfomance, keselamatan, pemanduan yang mengujakan dan kualiti.

Difahamkan juga, Subaru Impreza 2011 ini akan menggunakan generasi terbaru engine box dan CVT. Juga akan dimampatkan dengan enjin 2.0 liter N/A bersama Continuously Variable Transmission (CVT).
 







Monday, November 29, 2010

10 MOUSE PELIK TAPI CANTIK

Korang rasa mouse yang tengah korang guna sekarang ni dah cukup cantik dan unik ker? Kalau ada rasa camtu, jom bandingkan dengan mouse-mouse yang kat bawah ni. Kalau boleh lawan, memang korang yang terbest dan terbaik la.

10.   MOUSE ROKET ANGKASA
Boleh ke angkasa dengan mouse ini, Best best..


9. MOUSE HANTU
Hantu tetikus ke tetikus hantu?


8.  MOUSE LOVE
Sesuai untuk bagi kat kekasih hati.. Mungkin.

7.  MOUSE BOM
Masih sempat untuk menggunakan mouse ini tak?

6.  MOUSE PIG
Haram tak guna mouse ni?

5.  MOUSE KERETA
Sesuai untuk perlumbaan diatas litar meja dan peha..

4.  MOUSE JARI
Tak cukup lagi ke dengan 5 jari yang ada?

3.  MOUSE PISTOL
Hancur sudah screen laptop aku kena tembak.

2.  MOUSE MOUSE
Macam mana nak sebut? Tetikus tikus atau Tikus tetikus?

1.  MOUSE SEXY
Sesuai untuk yang masih bujang. 

VAN TERCANTIK DAN TERHEBAT

Kalau yang minat kereta, mesti akan ubahsuai kereta untuk jadikan kereta itu kuat atau cantik. Dan manusia jenis itu dipanggil sebagai seorang yang gila kereta. Tapi tak ramai pula dikalangan itu yang digelar GILA VAN. Gila van ni macam mana pula? Gila van ni adalah seperti dibawah ni.

Difahamkan, semua edisi van ini hanya boleh didapati di Jepun sahaja~~Ada lagi yang masih gila?





 









**Ada siapa lagi berani buat semua ini?

Saturday, November 27, 2010

UNTUK PEMINAT KUCING

Aku punya la gila kat haiwan comel yang bernama KUCING ni. Aku tak tahulah apa yang si kucing ni dah baca untuk aku gila sangat kat spesies ni. Aku ada juga bela kucing, tapi taklah secomel kucing-kucing orang lain. Walau tak comel sangat pun, aku cukup terhibur dengan telatah comel kucing-kucing kat rumah aku tu.

Kalau yang selalu ikut perkembangan blog aku ke ini, selalu juga diselitkan dengan gambar-gambar kucing comel. Dan yang terbaru, kucing aku merajuk sebab aku lambat pulang dari tempat kerja. Aku buat entry yang memang special untuk kucing yang merajuk tu. Tapi lepas sehari, ok balik dah.

Bukan nak cakap tentang kucing merajuk tu lagi, tapi aku nak sebarkan kepada pembaca blog ini yang juga mungkin ada yang bergelar peminat haiwan comel dan buas ni. Kalau korang salah seorang dari peminat ni, korang boleh selalu dapatkan gambar yang menarik dan video yang melucukan aksi kucing-kucing di seluruh Malaysia.

Korang boleh pergi ke page Facebook peminat kucing ni. Ramai juga yang likes. Dan dalam banyak-banyak group peminat kucing, cuma 2 page ja yang aku minat.
  1. Kami Pencinta Kucing (18,180 People Like).
  2. Kucing Malaysia (1,987 People Like).

SM NASARUDIN TOKOH AUTOMOTIF NEGARA 2010

SM Nasarudin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza di anugerahkan sebagai Tokoh Automotif  Negara pada tahun ini dalam majlis Majlis Malam Anugerah Kereta Terbaik 2010 (COTY) yang dianjurkan oleh Maybank dan New Straits Times Sdn Bhd (NST) malam tadi.

SM Nasarudin berkata, beliau amat bangga kerana mendapat peluang untuk menerima anugerah yang berharga itu dan sekaligus dapat memenuhi impian arwah ayahnya, Tan Sri Nasamuddin SM Amin.

SM Nasarudin merupakan anak kedua kepada Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin dan berusia 27 tahun. SM Nasarudin, SM Faisal dan adik mereka SM Faliq menguasai kepentingan dalam Kumpulan Naza bernilai RM 3 Billion. Beliau juga menamatkan pengajiannya dari University of Southern California.

 
Pada tahun 2005, SM Nasarudin bekerja sebagai pelatih pengurusan dalam Naza Kia Sdn Bhd sehingga beliau dilantk sebagai ketua operasi Naza Corporation Sdn Bhd pada tahun 2006. Kemuncaknya, pada 2008 beliau diamanahkan jawatan CEO dalam ketiga-tiga syarikat-syarikat Naza :
  • Nasim Sdn Bhd (Francais Peugeot),
  • Naza Corporation Sdn Bhd,
  • NZ Diners Sdn Bhd.

**Bila almy boleh dapat Tokoh Blogger?

Friday, November 26, 2010

TRAFIK AKU KE INI DARI SEARCH ENGINE

Selepas beberapa bulan mencuba beberapa cara untuk mendapatkan tempat dalam search engine, akhirnya usaha selama ini berhasil juga. Memang masa mula-mula berblogging, sakit hati, kecewa dan putus asa sering bertukar-tukar. Asal update, berminggu-minggu baru nak dapat tempat di search engine Google.

Tapi selepas beberapa tips dari blogger yang lebih otai, Alhamdulillah, semua usaha mendatangkan hasil yang amat memberangsangkan kepala dan jiwa untuk aku lebih bersemangat berblogging. Entry aku ke ini yang pertama cukup untuk menguatkan semangat aku ber blog ni. Setiap kali aku down, aku akan pergi ke entry pertama untuk menguatkan kembali semangat dan tujuan sebenar aku berblog ni.

OKTOBER 2010

NOVEMBER 2010

Ini sedikit trafik dari Google Analytic yang diringkaskan dalam ruangan Stats. Trafik yang disumbangkan dari Google Search Engine pada bulan Oktober dan November. Mampu membuat aku tersenyum. Terima kasih juga kepada yang sudi mengunjungi blog aku ke ini tanpa jemu dan bosan. Thanks so much my friends :) Maklumat lanjut tentang keyword, boleh lihat di sini.

**Cukup 3 bulan, aku dah boleh buat loan bank T_T

Thursday, November 25, 2010

FACEBOOK PATENTKAN PERKATAAN "FACE"

Mungkin ada yang mengatakan ianya mengarut dan tak masuk akal, namun itulah yang dilakukan oleh Facebook untuk meng"patent"kan perkataan "FACE". Langkah yang dilakukan Facebook itu adalah bertujuan untuk mengelakkan individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab menggunakan istilah itu sekaligus dapat merosakkan produk mereka.

Jika mereka dapat selesaikan dan penuhi dokumen yang diperlukan, Pejabat Patent Amerika Syarikat akan mengesahkan FACE adalah trademark mereka dan pihak lain tidak boleh lagi menggunakan istilah itu untuk tujuan komersial.


Walaupun begitu, sesiapa sahaja masih boleh menggunakan perkataan Face tanpa menyalahi undang-undang. Dalam kes di Facebook, ia hanya berlaku jika untuk perkhidmatan telekomunikasi, iaitu menyediakan online chat room dan papan buletin elektronik untuk penghantaran mesej antara pengguna komputer.

**Kalau aku petentkan perkataan kepala (HEAD), mesti cacat kan kepala aku, sebab FACE dah jadi patent orang lain (^_^)

MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Hati yang sihat akan menceriakan hidup kita. Tanpa jantung yang sihat, kadang-kadang benda yang diminati dan disukai akan terhalang untuk kita lakukan. Kenapa? Tanyalah jantung anda. Mungkin dah ramai yang tahu cara menjaga kesihatan diri dari luaran, namun macam mana pula dengan dalaman seperti jantung?

Ketahui makanan yang dapat membantu anda menjaga kesihatan jantung anda.

1. OAT -- Mulakan hari anda dengan mengambil semangkuk oat. Ia mengandungi penuh dengan Omega-3, folat dan kalium. Ia juga kaya dengan serat yang membantu menurunkan kadar kolestrol.



2. SALMON -- Salmon kaya dengan Omega-3 juga. Salmon dapat membantu menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Mengambil 2 hidangan setiap minggu akan mengurangkan risiko kematian disebabkan serangan jantung.

3. AVOCADO -- Tambahkan sedikit avocado ke dalam sandwich untuk menambahkan jumlah lemak sihat untuk jantung dalam diet anda.

4. MINYAK ZAITUN -- Ianya dipenuhi dengan lemak tak tepu. Minyak zaitun dapat menurunkan kolesterol dan dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

5. KACANG -- Walnut kaya dengan omega-3, almond kaya dengan serat. Kacang mampu menambahkan serat dalam makanan.

6. BUAH BERRI -- Blueberry, raspberry, strawberi. Apa pun berry yang disukai, ianya penuh dengan anti-radang jantung yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.


7. SAYUR -- Semua orang dah tahu khasiat sayuran.

8. BAYAM -- Bayam boleh membantu menjaga jantung. Ianya diperkayakan dengan lutein, folat, kalium, dan serat.

9. SOYA -- Soya dapat menurunkan kolesterol dalam badan.

Wednesday, November 24, 2010

JANGAN ANGKAT TELEFON DI STESEN MINYAK

Dah berkali-kali dan berjuta kali juga kerajaan, media, dan semua pihak berwajib menyeru agar tidak menggunakan telefon bimbit di stesen minyak. Namun tak semua yang ikut dan patuhi peraturan itu. Setakat berita di surat khabar dan TV tak cukup untuk menyedarkan golongan tak bertanggungjawab ini. Saksikan pula video ini, mungkin akan dapat timbulkan kesedaran kat kita bersama.


**Kalau mesej boleh tak? :-P

KALAU IKAN MAKAN BABI

Satu hari, kawan aku bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan hukum. Setakat yang ditanya, ada yang boleh dijawab, ada juga yang terkantoi. Sampai la satu soalan yang ditanya, binatang yang ganas seperti singa memburu dan membunuh mangsa menggunakan kuku dan gigi yang tajam haram kan dimakan manusia.

Dengan yakin aku menjawab YA, haram kita makan binatang itu. 

Lepas tu, dia tanya pula, kenapa ikan jerung atau ikan yu yang membunuh dan makan ikan lain halal di makan manusia. Dengan lagi yakin juga aku menjawab, sebab semua binatang yang hidup di air boleh dimakan walaupun dah menjadi bangkai.

Diam seketika~~~

"Macam mana pula kalau ikan jerung atau ikan paus makan babi?. Halal ke haram ikan tu?"

Aku tanya balik, bila pula babi pandai berenang?

Pastu dia cakap lagi, mana la tau kan, kot-kot ada kapal kargo yang bawa babi tiba-tiba karam kat tengah lautan, pastu ikan-ikan pakat makan babi tu.


Aku cakap lagi, kalau ikan tu makan babi, kau tau ker ikan tu pernah makan babi? Time bila pula kau buat rumah tengah laut?

Mana la tau, kot-kot ada wartawan laporkan kejadian tu kat media.

Aku jawab lagi, wartawan tu tandakan tak ikan mana yang makan babi dan ikan mana yang tak makan?

(Tak tau la bila nak habis~~)

Ko tau jawab ke tak tau jawab ni?

Aku pun cakap, aku pun tak tau, kena tunggu jadi dulu la, pastu baru kita tunggu ulama bahaskan isu IKAN MAKAN BABI.

**Halal ker haram ikan tu eh? T_T

Tuesday, November 23, 2010

CARA KURANGKAN SAKIT BELAKANG

Sakit belakang memang selalu sangat semua orang dapat. Bila dah sakit belakang, mulalah nak minta tolong kawan picitkan, malas nak buat kerja dan sampai nak baring tidur pun tak selesa. Sakit belakang ni kalau terkena kat orang yang dah berkahwin lagi susah. Macam-macam hal.

Bukan orang tua ja selalu kena sakit belakang ni, si muda yang 20 an pun boleh dapat sakit belakang ni juga. So, ada beberapa cara untuk kurangkan sakit belakang yang boleh menganggu ketenteraman seharian kita.

1.  SELALU AMBIL BROKOLI
  •  Kajian menunjukan, di dalam sayur brokoli terdapat sejenis vitamin yang dinamakan vitamin K. Vitamin ini selalu didapati pada sayur yang berdaun gelap seperti brokoli dan bayam. Vitamin K membantu memberi kalsium yang diperlukan untuk tulang.
2.   KURANGKAN BERAT BEBANAN
  • Kurangkan bebanan dalam beg yang selalu dibawa anda, terutamanya golongan perempuan. Bebanan beg yang berat akan membuatkan tulang dan badan anda bekerja lebih dari kebiasaan.

3.   TIDUR DENGAN BETUL
  • Sewaktu tidur juga, kita perlu menjaga cara tidur kerana tidur dalam keaadaan yang salah akan menyebabkan belakang dan leher anda sakit.
4.  DUDUK DENGAN BETUL
  • Cara duduk yang salah juga mendorong kepada sakit belakang. Lapik tempat duduk dengan sesuatu yang lembut seperti bantal. Jangan duduk terlalu lama pada keadaan yang sama. Bagi yang bekerja di pejabat, selalu bangun dari kerusi anda sejam sekali.
**Kalau kena pukul dari belakang macam mana pula?

KUCING MERAJUK COMEL LAGI

Hmm.. Merajuk tak habis-habis lagi kucing ni. Ingatkan pagi ni dh ok, tapi terus buat tak tahuja kat aku. Tension gila aku, jangan tinggalkan aku tau. Sebab kucing ni tak terpujuk lagi, aku buat lagi satu post untuk pujuk kucing-kucing tu.

Berlagak betul kucing-kucing ni, semalam dah buat entry untuk pujuk, hari ni pula lagi kuat merajuk dia.  Nah ambil lagi satu pujukan terakhir. Kalau tak terpujuk juga, aku pula yang nak merajuk. Tunggu la..








**Gambar last ni spesies kucing juga ker? Tapi comel  ^_^

Monday, November 22, 2010

KUCING MERAJUK COMEL

Hari ni kucing aku merajuk dengan aku sebab aku lambat sampai rumah. Aku minta maaf sangat-sangat, bukan sengaja, tapi sibuk uruskan kerja sikit. Huh, pandai nak merajuk pula. Aku panggil pun buat bodoh je dengan aku. Nak tengok aku pula merajuk tak balik rumah langsung? * Macam budak-budak tuan kucing ni pun ^_^

Sempena memujuk kucing kesayangan, aku buat post khas untuk korang bertiga. Tolak anak-anak korang la. Anak korang, korang pujuk la sendiri eh..








** Elok sangat, tuan kucing dengan kucing pon sama jer.. :P