Sunday, May 23, 2010

Selepas Hijau

Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas.. Pada suatu hari, seorang pak cik yang berusia 50-an telah bercadang mengambil lesen memandu. Maka pergilah dia mendaftar di sebuah Institut memandu negeri. Setelah membuat pandaftaran dan pembayaran, dia di suruh datang kembali pada minggu seterusnya..

Berlalulah hari demi hari, dan akhirnya tibalah pada hari beliau mengambil bahagian pertama. Setelah selesai, maka pulang lah si pakcik ni dengan senang hatinya. Beberapa hari selepas itu, si pakcik ini pergi sekali lagi untuk mengambil ujian undang-undang jalan raya berkomputer.

Disebabkan pak cik ini seorang yang buta huruf, maka dia mendapat kebenaran untuk melakukan ujian undang-undang secara soal jawab. Bemulalah soal jawab di antara Pak Cik ini dan seorang pengawai yang bertugas. Soalan pertamanya sehingga ke soalan ke-17 berjaya di jawab dengan mudahnya. Namun soalan yang ke-18 menjadi sukar dan ujian ke atas pengawai tersebut.

Pengawai  : Soalan seterusnya, apakah warna bagi lampu isyarat untuk berhenti?

Pak Cik    : Merah,

Pengawai  : Ok, bagus. Selepas lampu kuning, lampu apa?

Pak Cik    : Kuning,

Pengawai  : Selepas kuning pula?

Pak Cik    : Lampu merahlah dik, selepas merah hijau.

Pengawai  : Bagus Pak Cik. Lampu selepas hijau pula?

Pak Cik   : Selepas hijau mana ada lampu lagi dik,

Pengawai : Kenapa pula?

Pak Cik  : Sebab selepas hijau saya dah tak nampak lagi lampu isyarat tu, saya terus jalan...

Pengawai : (Adussss... Terkena aku dengan pak cik ni) Ok lah, terima kasih, Pak cik boleh keluar dulu, nanti saya beritahu keputusannya.

Maka, dengan segala kekuatan, pengawai ini menandakan lulus bagi pak cik ini kerana lebih arif dalam undang-undang jalan raya berbanding dirinya.. Tak kan lah selepas hijau nak tunggu tengok lampu isyarat lagi kan?


Friday, May 21, 2010

Hudud Dan Kemanisannya

Kebelakangan ni timbul pula isu Hukum Allah; Hukum Hudud.. Ada beberapa pertelingkahan dengan Hukum Hudud di kalangan ahli Facebook dan juga merangkap sahabat-sahabat AKU.. Ada setengah pihak yang tidak berpuas hati dengan hukum hudud dan mempertikaikan seolah olah Hukum Hudud itu kejam.

Kejam apanya? Hukuman yang dicipta manusia lagi la kejam dan selalu (SELALU SELALU) berlaku ketidakadilan bagi setengah pihak. Tak percaya? Ok, tak payah la aku ulaskan panjang-panjang, nanti jadi kes lain pula. Korang semua pun boleh fikir kan?

Kalau korang nak tahu, hukum Hudud sangat-sangat lah adil dan sesuai di gunakan di mana-mana sahaja tanpa batasan sempadan daerah atau negara. Hukum Hudud tidak lah berat mana untuk dituruti, dilaksankan atau dilancarkan.. Jangan hanya pandang pada potong tangan, pancung, sebatan.

Kalau korang tak buat salah, kenapa takut sangat? Aku pun bukan baik sangat, dan banyak juga buat salah dan dosa hari-hari. Bukan membangga dengan kejahatan dan dosa, tapi cuma nak semua orang tahu, apa yang kita buat sekarang, korang nak ke tunggu sampai di hukum seratus peratus di akhirat nanti?

Sekurang-kurangnya kalau kita berzina, minum arak, kita kena tangkap dan di hukum hudud, kurang dan ringan lah sikit hukuman di akhirat nanti.dan kalau rezeki terlepas terus dari hukuman tu. Siapa sanggup kena pukul dengal rantai besi yang berapikan api neraka jahanam????

Aku tak nak, aku tak nak bazirkan masa-masa indah di dalam Syurga dengan menjerit, melolong dan menagih simpati dalam Neraka. Siapa nak masuk Neraka? Orang kafir pun tak nak masuk Neraka, tak kan ada yang sanggup pula?

Hukum hudud ni mudah sangat, tak susah untuk kita ikuti. Kalau tak buat salah, tak usah lah kita takut. Apa yang aku tahu dalam hukuman syariah yang memegang kepada kata-kata "Lebih baik salah memaaf dari salah menghukum"

Apa maksudnya? Maksudnya hukuman hudud bukan sewenang-wenangnya di jalankan tanpa bukti dan saksi yang kukuh dan menepati syarat yang di tetapkan.

Hukuman bukan boleh di lakukan camtu je. Mula-mula kalau korang tuduh orang berzina, korang kena datangkan saksi. Saksi itu mestilah ada 4 orang, dan mesti tengok dengan jelas "keris di masukkkan ke dalam sarungnya". Kalau korang tak dapat datangkan saksi yang sebegitu, korang tidak boleh menuduh orang berzina. Dan selain dari saksi, pengakuan dari pelaku zina juga di kira sebagai bukti. Tetapi korang tak boleh paksa orang untuk mengaku. Sebab itu la, kalau jabatan agama tangkap basah, lelaki dan perempuan terbabit tidak disabitkan kesalahan berzina, tetapi disabitkan dengan kesalahan berdua-duaan atau berkhalwat.

Kes mencuri dan potong tangan pula, kalau korang mencuri harta orang lain, sedangkan korang ni dah hidup mewah, atau tak mati kalau korang tak mencuri, jika di sabitkan kesalahan, baru lah korang akan dijatuhkan hukuman potong tangan. Korang tak akan di jatuhkan sehingga korang betul-betul disabitkan dengan kesalahan mencuri. Tapi jika korang seorang yang miskin dan tiada kemampuan lagi untuk mencari makanan, dan korang mencuri hanya kerana untuk menyara perut korang untuk terus hidup, korang tak akan di potong tangan.

Jangan fikir hudud itu kejam, hudud adalah hukum yang terlalu adil lagi berhikmah bagi semua umat manusia. Kalau nak aku ceritakan sal panjang lebar mengenai Hudud ni, panjang.. Korang cuba-cuba la g library dan cari rujukan. Sama-sama la kita hayati Islam dan Hudud.

Saturday, May 15, 2010

Sikap Kawan AKU Yang Tiada Pada Korang

Aku minta maaf bagi yang terasa andai artikel atau post aku ni menyentuh bahu dan hidung individu tertentu. Ok, malas nak berpanjang lebar mukaddimah, aku ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang aku telah lalui bersama semua sahabat mahupun kawan-kawan..

1.   Sikap rakan aku meluahkan perasaan,
          Kali pertama meluahkan  - "Aduhhhh, assignmet tak siap lagi"
          Aku menenangkan          - "Relax la, bukan banyak pun"

         Luahan yang sama kali ke 4  -"Aduhh, assignment tak siap lagi la"
         Aku menenangkan lagi         - "Dah tau tak siap, buat la, mengadu kat aku bukan boleh siap"

        Luahan seterusnya       -  ".............................."
        Aku kembali tenang     -  "Dah malas nak luah kot :-p "

2.  Menterjemahkan loghat Selangor ke Utara,
       "KO PEHAL?" Diterjemahkan ke loghat utara  "HANG PASAI??"

3.  Panggilan terhadap datuk dan nenek.
       Datuk     -  Nenekman.
       Nenek    -  Nenekwoman.

4.  Bertumbuk hanya kerana Pasukan Bolasepak kegemaran kalah >> :-(

5.  Bergaduh dengan awek, terus lari kolej... :-p
    

Thursday, May 13, 2010

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti (Lirik Lagu)

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku selalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis…
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yang telah….

Kau sakiti…

Friday, May 7, 2010

Hadiah Best Untuk Penggemar Laman Web Sosial

Malas nak ulas panjang-panjang.. Kat sini ada satu pertandingan yang menawarkan hadiah seperti berikut :

HADIAH UTAMA   (x1)   -   Macbook Pro

HADIAH KE-2        (x2)   -   Xbox 360

HADIAH KE-3        (x3)   -  Blackberry Bold 2 dengan 3 bulan percuma Smartplan data tidak terhad dari DiGi

HADIAH KE-4       (X5)   -  Blackberry Curve dengan 3 bulan percuma Smartplan data tidak terhad dari DiGi

HADIAH KOSULTASI  (x30)  -  Digi DONGLE internet dengan percuma akaun Internet DiGi prabayar (preloaded dengan akses 5 hari.)



Peraduan ni mudah je, korang cuma perlu letakkan link kat laman web sosial korang seperti Facebook, Twitter,Friendster, MySpace dan segala-gala yang korang ada.. Bila member-member korang klik atau register melalui URL yang diberi kat korang, maka korang akan dapat mata.

Bila mata/point korang semakin banyak, maka akan banyak dan tinggi la peluang korang untuk memenangi HADIAH UTAMA. HADIAH UTAMA!!!


Lepas korang sign up, server akan minta korang mesej kat diorang untuk dapatkan validation code, ikut arahan yang diberikan dan tidak dikenakan sebarang caj..


DAFTAR DI SINI

Untuk sentiasa update informasi, korang masuk kat Facebook diorang ni  >> FACEBOOK WEEAVE

Monday, May 3, 2010

iPhone Aku Dan DiGi

Bulan lepas aku beli la iPhone, haha, bangga nya diriku dapat memiliki iPhone ni..
Mesti korang suma jeleskan aku.. Tak payahlah korang jeleskan kat aku, aku ni yang kena jeleskan kat korang, aku cuma beli iPhone China jer.. Aku beli time tu ada Hanphone Fair kat sebuah pasaraya kat Nilai.

Tu pun kena tipu.. HuaHuaHua.. Sedih sesangat sangat hati aku ni jangan cakap lah, baru 4 hari je aku guna, aku dah naik fedup dan benci dengan iPhone tu.. Mulanya ok la juga, sebab ada Wi-Fi, boleh la juga aku surf guna iPhone China tu. Tapi lepas 4 hari tu je, Wi-Fi dia buat la hal..

Nasib baik la iPhone tu ada warranty selama 1 tahun. Berbunga balik la hatiku yang layu ni. Dalam resit tu, tulis alamat kedai di Lowyat, aku pun terus la  pergi sana. Sampai je sana, aku cari la kedai tu. Jumpa, tapi malangnya nama kedai lain. Yang terpampang depan mata aku adalah Training Center untuk repair telefon..
Maknanya? AKU KENA TIPU!!!

Aku keluar dari Lowyat dengan sakit jiwa. Aku pun tanya la kedai, kalau aku tolak, berapa boleh dapat?
Tauke kedai jawab "Ini enset, tak da harga maa, kalau you jual RM20 pun, i tak nak angkat"
Dummmmmmm!!!

Hahaha, camna pun, apa yang berlaku ada hikmahnya an.. Aku sabar je la dgn iPhone tu. Sampai sekarang still ada dengan aku lagi. Korang semua hati-hati la,jangan sampai tertipu macam aku. Tapi korang mungkin tak kena kot, sebab aku ni bendul la sikit..

Okeh, kat sini ada satu tawaran dari DiGi dan 100 peratus tak kena tipu. Kalau korang teringin nak dapatkan iPhone ni, yang original la, bukan China punya, korang dapatkan la dari wakil DiGi, boleh bayar ansuran, hanya RM 106 sebulan.

Dapatkan Maklumat Lanjut di  http://www.digi.com.my

Sunday, May 2, 2010

Mas Idayu di Malukan?

Mentor musim ke-3 dahulu menyaksikan mentor Mas Idayu dan protege nya, Black merangkul juara. Kali ini dalam mentor musim keempat, protege Mas Idayu, Shaq, dalam persembahannya sebentar tadi menyaksikan kejatuhan dirinya kerana Mas Idayu tiba-tiba je suruh dia berhenti ketika di pertengahan lagu..

Shaq, menyanyikan lagu Kasihnya Laila, dengan suara yang teramat sumbang. Mas Idayu menyelamatkan keadaan menyuruhnya berhenti dan menjadi gempar seketika di dalam studio. Di tambahkan lagi, persembahan malam ini adalah Live di TV3. 

 Black Dan Mas

Mas Idayu menjelaskan protegenya sudah di nasihatkan doktor supaya tidak membuat persembahan pada malam ni, namun dia bertegas gak nak buat,, Lastly, dia kena gelak pada mulanya, sehingga la Mas Idayu menjelaskan hal sebenarnya. Baru la penonton faham. Ingatkan memang suara Shaq tu sumbang, tapi tak kan la mentor yang telah membimbing Black sehingga menjadi juara pada musim lepas silap memilih orang kan?

"Stop, stop," ucapan Mas Idayu yang menggemparkan studio.
"Doktor nasihatkan Shaq jangan teruskan persembahan malam ni, tapi dia tetap ingin mencuba. Saya suruh dia berhenti kerana tak nak dia malukan diri dia dan diri saya"

Hampir begitu la kata-kata Mas Idayu tadi.
Namun, semangat Shaq untuk terus membuat persembahan agak membanggakan walaupun dia tahu persembahan tadi hampir memalukan dirinya sendiri.. Apa-apapun, tahniah dan teruskan berusaha..
Shaq


Terbang bersama Mini Cooper

Aduhhh.... Kenapa la asyik eksiden ja kebelakangan ni. Sampai tak terbayang-bayang aku andai aku kat dalam keadaan tu sendiri.. Aku cakap sal eksiden kereta la, baru je niat nak jadi racer, tp atas litar pun boleh eksiden,,

Nama pun racer, mmgla kena eksiden pun.. Memang la betul, tapi race atas litar, sekurang-kurangya tak de la kacau orang dan membahayakan nyawa penonton.. Tapi yang terjadi baru-baru ni, race atas litar, tapi eksiden sampai penonton pun terkena tempias.. Ayoooooo, ini yg gua takut ni...

Kemalangan berlaku kat litar Queensland Raceway di Australia pada 1 May 2010 (Worker Day). 


Racer (Kain Magro)


Dan sedutan kemalangan yang berlaku....
|
|
|
|
\|/



Kesian penonton, baru je nk happy tengok perlumbaan, bertukar pula sedih member dan adik beradik pergi tengok diorang kat hospital ;-(

Dua orang cedera akibat kemalangan ni..

Tengok Video Kemalangan..

Saturday, May 1, 2010

Sorry ;-(

Aku minta maaf kat semua.. Aku baru je habis final, so dlm 2 3 mggu lepas aku busy ngn final aku.. Aku minta maaf sesangat,maafkan aku semua, aku minta maaf lagi, lagi lagi maaf.. Maaf sebab langsung tak sempat nak buka blog dan update.. maaf sekali lagi, n maaf untuk kedua kali.. dalam Dua hari lagi aku akan update..aku rasa kecewa ngan diri aku sendiri.. Maafkan aku lagi.. Aku nak nanges.. Waaaaaaa!!!!
Lupa pula, SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA... 

 SORI..