Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dalam Kemalangan



SEREMBAN, 17 April -- Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

-- BERNAMA

Thursday, April 15, 2010

Toyota Akan Bankrap?

Aduhhhhh... Aku antara pemilik kereta keluaran toyota.. Hari tu dah kecoh sal kereta keluaran Toyota bermasalah seperti ketika memandu tetiba je terus mendadak kelajuannya.. Aku fikir dah ok la lepas tu.. Lega la sikit kan..

Tapi, malangnya semua itu tidak je berakhir cam tu, petang tadi pukul 8 lebih-lebih, aku tengok la berita Buletin Utama kat TV3 ni,,, Tup tup, dia umumkan yang Toyota di saman sekali lagi oleh pihak Amerika Syarikat sebanyak 14.6 juta US Dollar..

Terus sebak hati aku ni mengenangkan nasib yang bakal dan akan di hadapi Toyota nanti.. Kalau toyota bankrap, entah la kat mana lagi untuk aku cari barang spare part kereta aku tu.. Aku harap, angka yang disaman tu, seperti 10 sen je nilainya bagi pihak Toyota.. Jangan bankrap. Aku akan terus support Toyota..

Tuesday, April 13, 2010

Antara Rokok Dan Gula

Aku tidak menyokong mana-mana pihak kat sini. Post aku cuma bertujuan mendedahkan apa yang jarang di ketahui umum. Mungkin ada yang mengetahui, namun tidak menyedari dan ada yang menyedari tetapi tidak menghayati...

Apa bezanyanya gula dan rokok? Bukan niat aku untuk mempermainkan makanan atau rezeki. Maaf kalau bahasa aku agak terkasar di sini. Aku tengok gula dan rokok lebih kurang je buruknya..

Di Malaysia sahaja telah mencatatkan jumlah pesakit kencing manis mencecah 1.2 juta pada tahun 2008 dengan catatan 650 000 kes baru setiap tahun. Itu yang di kesan awal, kalau yang dah di tahap kronik, lagi la tinggi angkanya..

Pecahan kompilasi disebabkan kencing manis pula adalah seperti berikut :
55 peratus kematian kerana komplikasi jantung.
13 peratus kes kematian kerana paras gula paras gula tidak terkawal.
13 peratus kes kematian kerana kanser.
19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit.

Ini adalah fakta yang dinyatakan di dalam laman web rasmi Persatuan Diabetes Malaysia.

Ok, berbalik kepada rokok dan kadar kematian kerana beliau pula..:-D
Kematian disebabkan rokok pada tahun 2008 di Malaysia, merokok menyebabkan satu kes kematian daripada lima kematian yang dilaporkan, iaitu menyumbang kepada kira-kira 10,000 kes kematian setiap tahun.
50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung
30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak,  pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut,
25 peratus strok.
Maka, di akhirnya, marilah kita sama-sama mengurangkan aktiviti berkaitan rokok dan gula..
Pepatah aku sebagai orang melayu, mati semut kerana gula, mati manusia kerana rokok dan gula.


Sepatutnya letak kat gula baru la ngaaaamm..

Saturday, April 10, 2010

Apabila Kucing Berposing (Siri 1)

Jangan fikir manusia je berposing depan kamera, kucing pun pandai juga berposing..


Jangan la, Aku baru bangun tidur la....



Haha, tak nampak..
**Masalah Kamera pula :-(


Mari menari tango denganku..


Ko fikir aku nak sangat ke makan?



Cover hensem.. Cakk!!


Besh la Doraemon ni, pas ni nak tengok Sin Chan lak..


Master "Cha Cha Dance"


 
Krooih.. Krooih.. Tata!!
Meoww..

Wednesday, April 7, 2010

Clean And Repair Registry

Hehe, aku minta maaf sikit la, tajuk aku kali ni aku dalam bahasa inggeris sebab aku tak tahu macam mana nak terjemahkan perkataan Repair dan Registry. Kalau aku terjemahkan, takut ada yang kebingungan dan tercari-cari maksudnya pula.

Ok, aku terangkan sedikit apa itu registry. Semua yang menggunakan komputer samada laptop atau PC, mesti akan ada benda ni, benda ni akan mendaftarkan semua benda yang korang install dalam komputer korang, dan dari sini juga la komputer korang di jangkiti virus.

Benda ni lebih mudah aku sebutkan sebagai Jabatan Pendaftaran Negara.. Tapi ada satu software ni yang aku juga gunakan, boleh cuci dan 'repair' mana2 pendaftaran yang rosak dan yang menyemakkan diri kat tempat tu. Jap, satu lagi, bila korang uninstall kan program, masih ada yang tertinggal dalm pc korang, benda ni la.

Kalau korang tak percaya, korang buka sendiri, caranya Start Menu > Run > regedit.

Setelah selesai buka, akan naik popup macam kat atas ni, dan korang select HKEY_LOCAL_MACHINE > Software.

Korang tengok lah berapa banyak program yang korang buang, tapi masih ada jejak.. Haha, aku terang banyak pun tak da guna juga, sebab mungkin ada yang tak faham nanti.

Ok la, korang download REGDOCTOR 2.18 ni. Dan cuba la sendiri. Terasa macam komputer korang akan lebih ringan seperti tiada masalah...
DOWNLOAD

Sunday, April 4, 2010

Aku, Evolusi KL Drift 2 Dan 3.6 Juta

Bangganya aku sangat-sangat dgn filem ni, sebab memenuhi segala minat aku.. Dalam masa seminggu je (7 hari) dah dapat kutip lebih RM 3.6 juta. Bukan aku yang memandai, tapi aku tengok dan baca sendiri dalam Harian Metro.. Kalau Metro tipu aku, aku tipu korang la, n lastly korang pon akan tipu orang lain juga la, dan kemudiannya orang lain akan ......????????? (Faham-faham sendiri la)


Ok la, aku bukan nak cerita tentang sinopsis Evolusi KL Drift 2,kalau nak baca sinopsis KLIK SINI.. Aku nak kongsi kan dgn semua apa yang berlaku di sebalik tabir penggambaran filem ni.. JOMMMMM>>>>

Ini lah Pengarah segala pengarah dalam filem ni.. 
The Big Boss..

Antara Drifter Melayu Yang Hebat..
Bangga la sikit..

DWan  : Nama cam melayu, tapi ni orang cina la..
Selalu juga aku dengar nama dia dalam Litar Drift..


Along, First2 aku fikir KO la Along yang jadi juara time FXOpen Asia kat Serdang
hehe,aku silap orang la,,,
yang juara tu pon Along gak, tapi orang nya lain..
Fazreen Ismail A.K.A Along Rempit..



Ini la drifter yang hampir mengugat perasaan aku..
Sekali tengok, mcm baru umur dalam 24...
Lepas research, umur dia dah 32 tahun dah...
Lega sikit hati aku..



Drifter merangkap stuntman paling lincah, cergas dan hyper aktif di set penggambaran... (Along)




Dangerous Camera View??




RX-7 yang di hancur dan diletupkan





Membazir betullll....









Yang ni hancurkan Supra
pula...
Korang bagi kat aku pun tak pe..
:-0








Satria di belakang tabir merangkap camera man.. 
(sepatutnya camera car la kan?)




Toyota DX yang di terjun longkang kan oleh AKU.. :-D
Kalau nak tahu lebih lanjut camna aku buat, rujuk la kat  
Rajuk Aku Sebuah Toyota DX 



Dan akhir sekali adalah..
Ada sapa-sapa nak jadi sponsor Aku??
:-(



Rujukan adalah dari laman web rasmi EKLD 2 sendiri.. Korang boleh la tengok video di sebalik tabir yang lebih menarik di sana.. Gerak dulu..>>>>>>
 

Thursday, April 1, 2010

April Fool Yang Dingin

Yang terbaru ketika berkongsi kehidupan kembali... Firstly, aku baru je habis buat research pasal Andalusia. Aku yakin semua orang tahu sal andalusia ni. Mulanya, orang-orang Islam sangat berkuasa kat situ, namun di sebabkan cuai kat ajaran agama, Islam terus 'down' xnaik2 dah kat situ.

 Apa kena mengena Andalusia dengan April Fool ni? Haa.. Sejarah April Fool ni bermula apabila umat Islam kat Andalusia ni di buang dari sana. Jap2, Andalusia dengan Sepanyol ni sama je la.. Mungkin banyak yg sebut Sepanyol, bukan Andalusia..

Dulu, jujur la aku cakap, aku pun sambut juga april fool ni, tu pun sebab tak tahu apa sejarahnya.. Then, aku dapat tau, terus aku tak sambut n sapa-sapa yang nk kenakan aku pada hari 1 April, terus je aku lempang n sepak kepala dia.. Haha (Tu pun kalau yang bawah2 aku la, yang ganas buat kt aku, aku diam je la..)

Tapi, sekarang aku dah mula nampak, sambutan april fool dah tak lagi ada seri, dan aku juga tumpang gembira dengan kehilangan seri april fool ni. Ini menunjukkan yang komuniti kita semakin faham dan sedar apa makna serta maksud April Fool yg sebenarnya.. Tahniah untuk korang yang tak sambut April Fool~

Lagi, bukan ada kebaikan pun sambut april fool yg bangang ni, tambahkan sakit hati dan dosa je.. Dah la dosa yg sebelum ni tak tertaubat-taubat lagi. Orang yg di april fool kan lagi la sakit hati kena main dan di ayam-ayamkan oleh korang. Aku tumpang gembira kat sini, kat blog aku ni sebab april fool akan pupus terus dari mata dan ingatan manusia.. HAHAHAHAHA~~~ 

Tapi,aku still musykil dengan satu benda la.. Sapa yg mengasaskan april Fool ni? tak mungkin la lepas orang Islam di letupkan dalam kapal, terus serta-merta diorang declare hari tu adalah April Fool.. Musykillll... Sebabnya, dalam kebanykan sejarah Islam, tak tertulis pula yang hari tu di gelar April Fool.. Aku rasa ni mesti kerja manusia sebaris dengan Darwin.. Hahahaaaaa..ha..

Kalau di April Fool kan camni, apa akan jadi?