Tuesday, April 13, 2010

Antara Rokok Dan Gula

Aku tidak menyokong mana-mana pihak kat sini. Post aku cuma bertujuan mendedahkan apa yang jarang di ketahui umum. Mungkin ada yang mengetahui, namun tidak menyedari dan ada yang menyedari tetapi tidak menghayati...

Apa bezanyanya gula dan rokok? Bukan niat aku untuk mempermainkan makanan atau rezeki. Maaf kalau bahasa aku agak terkasar di sini. Aku tengok gula dan rokok lebih kurang je buruknya..

Di Malaysia sahaja telah mencatatkan jumlah pesakit kencing manis mencecah 1.2 juta pada tahun 2008 dengan catatan 650 000 kes baru setiap tahun. Itu yang di kesan awal, kalau yang dah di tahap kronik, lagi la tinggi angkanya..

Pecahan kompilasi disebabkan kencing manis pula adalah seperti berikut :
55 peratus kematian kerana komplikasi jantung.
13 peratus kes kematian kerana paras gula paras gula tidak terkawal.
13 peratus kes kematian kerana kanser.
19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit.

Ini adalah fakta yang dinyatakan di dalam laman web rasmi Persatuan Diabetes Malaysia.

Ok, berbalik kepada rokok dan kadar kematian kerana beliau pula..:-D
Kematian disebabkan rokok pada tahun 2008 di Malaysia, merokok menyebabkan satu kes kematian daripada lima kematian yang dilaporkan, iaitu menyumbang kepada kira-kira 10,000 kes kematian setiap tahun.
50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung
30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak,  pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut,
25 peratus strok.
Maka, di akhirnya, marilah kita sama-sama mengurangkan aktiviti berkaitan rokok dan gula..
Pepatah aku sebagai orang melayu, mati semut kerana gula, mati manusia kerana rokok dan gula.


Sepatutnya letak kat gula baru la ngaaaamm..

5 Comment:

hasiff90 said...

fuhh...seram2....sory xda papa brta lg la kt perlis....

Almy said...

okeh... no hal laaaa.

lolx said...

Err..i saw the contrast bro, this post u said nothing wrong with smoking habit, but theres ur post about working in seven 11 was haram coz theres sellin alcoholic drink.

Change ur habit bro, u cant easily change what contented in our religion.
Fyi both drinkin and smoking cigars were considered haram by our religion scholars.
U must change what inside ur heart,its either u want it or not. tq.

cybr said...

this post said nothing wrong with smoking u said?
can u see what this post send to us?
are understand malays?
or u just only write down without understanding anything what wrote in this post... lolx?

Aku said...

dah la wei,jgn la gaduh..
aku tulis post ni bkn sempurna..
tapi ketidaksempurnaan itu la kebahagian..
aku nyatakan rokok dan gula ada kesan masing2..
selagi na satu benda tu tak mudaratkan kita, benda itu tak jatuh haram..