Wednesday, December 29, 2010

JOM TENGOK BOLA




Entry terpendek.. Nak gi tengok bola dulu.. Jom sokong Malaysia.. Malaysia Boleh!!!




Tuesday, December 28, 2010

HACKER HuX0R , BACA INI. ORANG LAIN JANGAN

HuX0R, aku nukilkan entry khas untuk kau pada pagi ini. Dah habis isu w3d0z dahulu yang berpengkalan di Indonesia, kini kau pula muncul menimbulkan provokasi. Kau tau tak kau tu dah boleh di bawa ke pendakwaan di mahkamah tinggi dan juga antarabangsa kerana menimbulkan huru-hara.

HuX0r oi, kenapa la kau ni dayus sangat? Suka sangat nak hacked orang nu la, orang ni la.. Kan bagus juga kalau kau gi hack kepala kau sendiri ja.

Bukan nak buat emo apa, cuma aku nak tegur la sikit. Kenapa kalau ko rasa ko tu dah hebat sangat, tak payahlah nak hack blog yang taraf-taraf rendah ni. Yang ko nak hack apa? Laman JiwaKacau, dan entah mana-mana blog dan web lagi la. Dan yang terbaru nak hack ohMedia kononya.
Ko sedar tak yang ko ni sebenarnya budak hingusan yang dayus. Kalau kau ni professional, kau gi la hacked Berita Harian ka, MyMetro ka, dan lain-lain. Tak pun kau hacked government. Kalau tahap tu ko boleh buat, memang blogspot aku pun dah arwah juga la.

Berhenti la HuX0r, pergi la bawa-bawa bertaubat. Jangan sampai nanti rumah atau harta kesayangan kau pula di hack oleh perompak atau perogol or penggodam hidup.

Ok, Salam sayang (^_^)

Monday, December 27, 2010

TSUNAMI DI MALAYSIA ; GENAP 6 TAHUN

Masihkah kita mengingati bencana tsunami yang pernah melanda Malaysia pada 26 Disember 2004 dahulu? Bencana alam itu telah mengorbankan 150,000 orang termasuk di negara-negara lain yang terkena bencana ini seperti Thailand, India, Indonesia dan banyak lagi.

Namun dek kerana masa yang begitu pantas berlalu sehingga menyebabkan ramai di kalangan kita yang melupakan tragedi ini. Saat ia berlaku, timbul beribu keinsafan di hati masing-masing. Tetapi kini, semua keinsafan itu lenyap pergi begitu sahaja.

Kekejaman kembali berlaku. Kejahatan dan kekejian kembali berleluasa. Kes bunuh, kes buang anak dan bermacam lagi menjadi seakan isu biasa pada setiap hari di dada akhbar tempatan. Ke mana hilangnya keinsafan dahulu yang pernah disentakkan dengan gelombang tsunami?


Atau kita harus selalu menerima gelombang tsunami setahun sekali bagi menguatkan lagi keinsafan dalam diri kita? Jangan apabila terjadi begitu, kita sudah tak sempat untuk menginsafkan diri lagi. Tidakkah kita insaf dengan nasib yang pernah menimpa saudara-saudara kita dahulu?

Langkah awal bermula dalam diri kita sendiri.