Thursday, March 11, 2010

Saat Menilai Cinta





Saat Menilai Cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan

dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:





1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.





6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Sunday, March 7, 2010

Marah, marah dan terus la marah!!!

Marah? Mesti akan sebut marah itu kelemahan dan perkara negatif. Tapi sedar tak korang marah adalah satu kelebihan n kebaikan. Tak percaya? Aku tipu? Aku memandai? ni yang nak marah ni!!! hahaha, gurau jer.. Kalau korang kata marah tu satu kelemahan, korang silap, kalau korang kata marah itu sifat negatif, korang silap,, kalau korang nak pertahankan juga, maknanya korang kata Allah itu lemah la? Allah itu negatif la?..

Kadang-kadang kita perlu n mesti juga marah. Kalau kita tak marah, kita akan jadi tak matang, kita akan jadi dayus, kita akan jadi orang yang di buli, kita akan jadi lemah, kita akan jadi apa-apa ja yang negatif. Sebab tak marah la bermacam-macam masalah sosial yang timbul, sebab tak marah juga la kita jadi keras kepala.


















Agak-agak korang la, kalau awek/balak kita curang, apa akan jadi kalau korang tak marah?
Kalau isteri/suami kita curang, apa akan jadi kalau korang senyum?
Kalau orang rompak rumah korang, apa akan jadi kalau korang biarkan ja?
KALAU ALLAH TAK MARAH, APA AKAN JADI KAT UMAT ISLAM???!

Marah la. dan terus la marahkan orang, tapi marah biar lah bertempat. Marah biar lah bersebab. Allah marah umat Islam tak bersebab ke?
Allah marah tak kalau hamba Dia sembahyang dangan cara yg betul? Tak kan..
Nabi SAW marah juga kan?
Nabi sendiri yg mengaku dia marah,

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Tipu la kalau korang tak pernah marah, tipu la korang senyum ja bila orang ppukul korang tanpa sebab, tipu la korang tak kisah kalau kekasih korang curang, tipu la korang, tipu la korang, tipu la korang tak marah.. kan,kan,kan???

Marah tak salah, tapi biar kena dan bertempat..
Marah tak salah, tapi marah la pada benda yang salah..
Marah gunakan akal, bukan nafsu.. Dengan akal, kita akan marah dengan betul,,

Marah lah tiap2 hari sebab zaman sekarang korang tetap kena marah. Tak kan la korang tak marah bila baca paper budak kena bunuh? Kena rogol? Kena dera?
Tak pon tak kan la korang senyum je bila Kelab Bolasepak kegemaran korang kalah atau kena kata?
Korang akan ketawa ke bila baca orang yang korang sanjungi kena kutuk, kana fitnah, kena kata????
korang tersengih ke bila Israel bunuh orang-orang palestin yg tak berdosa???
So, marah la, marah la, n terus la marah... How dare u!!

Kalau aku marah, aku jadi Hulk

Tuesday, March 2, 2010

Tips Menjaga Kekasih Hati


Aku sediakan dan kongsikan kat sini beberapa tips untuk menjaga hati kekasih ketika bersama, kadang-kadang tidak semua manusia itu sempurna, jangan pula korang anggap tips-tips ini boleh pakai seratus peratus,, semua yang terjadi adalah kehendak tuhan, tapi kita tetap perlu berusaha dalam mencapai dan memperolehi apa yang kita inginkan dan sekurang-kurangya kita dah banyak berusaha..

Tiada benda akan kita perolehi jika tanpa usaha, dan jika kita gagal, teruskan usaha tanpa putus asa. Mungkin kita dah di takdirkan untuk gagal selama 3 kali berturut-turut dan kita akan berjaya untuk kali ke-4, dan rugi la kalau kita tidak mencuba untuk kali ke-4 dan terus berputus asa.. Apa pun tak dapat. teruskan berusaha sampai berjaya.. Melalut pula aku, ok la teruskan dengan tips-tips menjaga kekasih... (Untuk kegunaan lelaki dan wanita sahaja, untuk pondan mungkin tidak berkesan)


  • Sentiasa 'friendly' ketika bersama, jangan terlalu sombong. Jika anda seorang pendiam, cubalah untuk tidak berdiam sahaja ketika bersama. Cuba cakap apa-apa yang baru.
  • Sentiasa lah jujur terhadap pasangan. Jangan menipu kerana bila perkara yang di tipu itu di ketahui, akan menyebabkan peperangan dunia yang ke-3.
  • Jangan berlagak seperti seorang yang baik dan bagus(minta maaf kalau ada yg terasa). Perangai ini boleh menyebabkan pasangan anda akan pandang rendah dan serong terhadap anda andainya berlaku sesuatu yang 'membocorkan' ketidak'baik' dan ketidak'bagus' anda.
  • Jangan berlagak seperti anda lebih pintar, lebih dewasa, lebih bagus, lebih, lebih, lebih n lebih lagi, sebab benda ni akan sebabkan pasangan tidak akan selesa. Dalam hubungan ada 2, lelaki dan perempuan, maka perlu la komunikasi yang baik dan tidak la seperti 'kapel' seorang diri.
  • Izinkan pasangan anda tunjukkan perangai sebenar kerana bila bersama terlalu lama atau berkahwin nanti anda dan dia tidak lagi mampu untuk 'berlakon' di hadapan pasangan masing-masing. Jika ada perangai yang yang tidak di sukai, terima lah teguran dengan hati yang terbuka dan berubah bukan kerana terpaksa, tetapi kerana MAHU BERUBAH.
  • Jaga perangai korang. jangan perasan kamu seorang yang hendsome atau cantik, kerana jika mempunyai rupa sekalipun, anda tidak akan dapat dan miliki hati pasangan jika 'RUPA' bukan ciri-ciri yang di kehendaki. Zaman sekarang tidak lagi memandang kepada rupa, tetapi lebih kepada PERANGAI.
  • Sama seperti di atas, rupa, harta, bentuk badan bukan menjadi ukuran,tetapi kepandaian, kejujuran, dan baik tingkah laku yang penting. (Berapa banyak pasangan orang kaya yang setia bersama)
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada(terutamanya perempuan). Mula-mula mungkin biasa, tetapi lama-kelamaan akan menjadi beban. INGAT: JANGAN BERKASIH ANDAI TERBEBAN.
  • Jaga lah hubungan korang dengan keluarga kekasih. Jika korang nak hidup bersam, korang tidak akan dapat lari dari bertemu dan berhubungan dengan keluarga pasangan anda.
  • Jadi lah pasangan yang mampu untuk meluahkan rasa (baik n buruk) dan yang pentingya selalu bersedia untuk MENDENGAR.
  • Menjadi teman ketika SUSAH dan SENANG. Selalu bersedia bersama walau pahit dan manis.
  • Menghormati insan-insan yang rapat dengan kekasih anda seperti keluarga atau temen-teman rapat, kerana jika anda kurang ajar dengan keluarga atau teman-teman pasangan, pasangan kita juga akan terasa.
  • Selalu bersikap setia dan tidak curang. Kalau pandai sembunyikan sekalipun, mungkin pasangan anda juga akan begitu. "You pay nut, you got nut".
  • Bertanya lah khabar. sekurang-kurangya 2 atau 3 kali seminggu.
  • Gembirakan pasangan anda dengan benda-benda yang baharu.(Yang ini kena fikirkan sendiri)
  • Jika bergaduh, cuba jangan keluarkan perkataan "putus". Ketika marah,kita tidak akan mampu menahan emosi, tapi berjaga-jaga lah dengan perkataan keramat ni. Mungkin ringkas, tapi kesannya akan sebabkan sebuah "pesawat" terhempas.
  • Mengahargai pasangan anda.(Yang ini korang kena selidik sendiri, sebab korang kebih kenal pasangan korang)
  • Jangan bosankan pasangan dengan benda yang berulang-ulang.(Contohnya, setiap kali keluar, asyik makan McD je, agak-agak korang an, apa akan jadi? Cuba-cuba lah untuk makan di warung-warung atau kedai mamak, (bukan masalah duit, tapi kebosanan))
  • Kurangkan berjanji, kerana insan yang berkasih ini selaluny manja dengan pasangan walaupun dia seorang fighter, ahli gusti n sebagainya. Dan seorang yang manja akan menagih janjinya.
Cukup lah banyak tu, yang kat atas ni tak tentu la boleh 'apply' lagi.. Tips sebenarnya untuk dorongan sahaja dan yang PALING PENTINGNYA SENTIASA BERUSAHA! Aku doakan semua pasangan moga bersama sampai ke akhir hayat..