Sunday, July 4, 2010

GERMAN MENANG LAGI



Kesetiaan aku berbalas akhirnya.. Ini adalah BLOG KELAB PEMINAT GERMAN, so semestinya hati aku sekarang ni berbunga-bunga.

Tapi tadi, aku dengan member-member keluar ler tengok game malam tadi kat kedai mamak, dah la member-member aku semua peminat Argentina. Merah je la telinga aku meenepis 'lagu-lagu'. Sampai lah balik, kereta yang aku naik tu macam aku seorang je dalam tu.. Keh keh keh..

Memang cantik la German lawan malam tadi. 4-0 belasah Argentina. Aku menulis sebagai peminat setia German, dan tak nak la bergaduh-gaduh dan menyentuh sensitiviti peminat pasukan negara lain.

Aku tak la menaruh harapan yang terlalu tinggi German akan berjaya menjulang trofi emas piala dunia yang berharga lebih RM 30 000 000  (30 juta la) sekarang ni. Cukuplah sekadar dapat berada di peringkat akhir. Kalau dapat julang, lagi bertambah-tambah la bongkak aku. Lalalala~~~

Aku minat pasukan Germna ni sebab corak permainan diorang dari dulu lagi memang cantik. Walaupun bukan tiap-tiap Piala Dunia diorang menang, sekurang-kurang permainan yang di tunjukkan memang mengujakan.

Dari zaman penjaga gol, Oliver Khan yang pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dunia, sehingga la sekarang, aku dapat lihat permainan German memang penuh seni. Permainan yang cantik dan halus. Betul ke?

Apa pun, German tetap di hati dan  tahniah kerana membuktikan kehebatan malam tadi dengan menyingkirkan pasukan pilihan ramai, Argentina dengan bolosan gol sebanyak 4 biji. Dan kepada Joachim Loew, Jurulatih Pasukan German, teruskan dengan sikap cool dan relaks..

Loew Yang Cool.. (Atas bercermin mata)

7 Comment:

Pinky Pixie said...

yeah, tahniah.. sebab germany menang.. haha
mcm mudah jer dy tumpaskan lawan. ok, 1st time sy tgk bola mlm ni.. hehe

HanaJimi said...

german dah dijangka menang.walau dikelilingi oleh peminat argentina time tgk german belasah team mereka, aku senang kali. kalau boleh mau lihat german v spain (kalu lepas paraguay)

molmolla said...

game jerman memang best! argetina macam tak reti main. hahaha :D

Almy said...

betol3..jom sume sokong german..hehehe

KwOnG FeI said...

go go go GERMANY!

farysa said...

ramai jgk minat germany ni
hehe

Wawa~* said...

i bkn pminat team german, tp frm their perfomances n games, german layak juara taon nih... hehehehe