Saturday, July 31, 2010

APABILA KUCING TIDUR ( SIRI 2)

Sambungan dari post APABILA KUCING TIDUR, aku sempat juga la snap beberapa picture kucing tido baru-baru ni.. Jom tengok sama sama..

 Zzzzz...
Hmmm..




Tidur yang paling best, 
lantak korang la nak buat apa pon..




Katil empuk aku..


Jangan kacau la aku nak tidur..


Tempat tidur yang paling selamat..
Di bawah ketiak anak..
(Bukan di bawah ketiak ibu ker? :-0)

Tuesday, July 27, 2010

SCREEN LAPTOP TERBALIK BERPUSING

Tengah sibuk-sibuk buat Final Projek, datang lah seorang member aku mengusung Laptop Compaq kesayangan beliau.. Kerja aku sebelum ni memang la meng 'format' apa ja yang berkaitan laptop atau pc..

Sekali dia bagi tengok latptop, berpusing-pusing la kepala dan otak aku ni.. huhu, pening-pening.. 
Maka dengan segala kudrat dan tenaga, aku pun kerahkan otak aku untuk fikir dan rotate kan pusingan.. tipu..

Nak tengok tak apa yang aku tengok?






Selepas otak aku dipusingkan 180 darjah, aku pun buat la camni..

Right Klik (kat desktop) - Graphic Properties - Rotation - Normal.
 
Hehe, siap jadi asal.. Kalau nak tengok yang asal, korang download pic dan rotatekan la sendiri.. kih kih..
Aduhh, lepas dah setelkan problem tu, sejam juga la aku nak pusingkan otak aku balik.. tu yang lambat sikit update.. tipu lagiiiiii... 
(di post pada 1.36 a.m/27 julai)

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…



Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal

bersamamu

sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang

dulu, selamanya!



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang

sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat

menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.



Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang

tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu

disaat kau terpuruk terlalu dalam …



Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan

menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan

kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh

kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang

dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”



Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg

dikasihinya. ..



Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Monday, July 26, 2010

UKM KIOSK, FINAL EXAM, PRAKTIKAL AND SO ON

     Salam ..

bila la dapat siapkan UKM Kiosk ni

hampir 80% dah disiapkan sekarang.....

rasa nak cepat-cepat present and submit report 

tak la banyak sangat benda nak kena fikir

final exam, practical lagi...

  aduhhh...


kawan-kawan
      doakan aku......

Friday, July 23, 2010

MY SPECIAL AND SECOND AWARD

Pagi tadi jam 1.45 pagi, aku online jap blog kesayangan hati aku ini. Pastu terbaca la satu entry yang agak best dan mengharukan jiwa aku malam tadi. Tapi aku tak sempat nak update semalam juga disebabkan mata aku dipanggil dan digoda oleh bantal bucuk kesayanganku melayari bahtera mimpi.. :-p

Nak tahu tak apa yang best dan mengharukan aku?

Aku dapat award dari FLYING FAR FORWARD. Penulis blog ini telah mencipta satu award yang sememangnya khas untuk aku sahaja.. Best sangat walaupun ini award aku untuk kali ke-2. Aku dapat award ni sebab aku dah jadi follower dia yang ke - 50. Rezeki badan namanya. Thanks sangat sangat kepada yang bagi aku award ni..

Ini bukan award untuk aku kerana berumur 50 tahun,
tapi menjadi follower yang ke 50.
Aku seorang jer yang dapat.. :-D

Tuesday, July 20, 2010

TIPS BANGUN AWAL DAN SEGAR DI PAGI HARI

Kebanyakan antara kita ada yang selalu liat atau susah untuk bangun pagi. Tambahan untuk bangun awal-awal pagi. Kalau ada yang terpaksa bangun awal, kepala akan terasa sakit dan berat sekali untuk bangun. Dan walaupun tidur awal, masalah ini tetap juga berlaku. Jom tengok tips kat bawah ni dan cubalah dengan jayanya.. Insya-Allah..

BIL. TIPS
1.  Amalkan untuk selalu tidur di awal malam. Menurut kajian, seseorang haruslah tidur selewatnya sebelum pukul dua pagi, bagi membenarkan satu gas yang tak diperlukan badan dikeluarkan sepanjang tidur itu.
_
2.
 Sebelum tidur, amalkan untuk tidur dalam keadaan segar. Dua perkara penting, jangan lupa untuk berus gigi dan minum sekurang-kurangnya segelas air suam sebelum melayari mimpi.
_
3.
 Tidur dalam keadaan tidak memikirkan masalah yang telah berlaku sepanjang hari itu. Lepaskan semua tekanan dan masalah sebelum tidur, kerana tidur dalam tekanan akan menyebabkan keenakan tidur itu hilang begitu sahaja.
_
4.  Matikan barangan elektronik seperti komputer dan televisyen anda, kerana ianya boleh menyebabkan anda terbangun di tengah-tengah tidur.
5.
 Benarkan aliran udara masuk ke dalam seluruh ruangan bilik anda. Oksigen akan mempercepatkan otak kita lebih segar pada pagi hari dan mengurangkan rasa berat ketika bangun.
_
6.  Dapatkan segelas air suam atau mineral saat bangun dari tidur. Mengambil air ketika bangun mempercepatkan oksigen terus bergerak ke otak kita dan menyegarkan pagi-pagi kita.
_
7.  Kurangkan merokok dan pengambilan alkohol atau ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Pengambilan bahan-bahan ini akan membuatkan otak kita menjadi lebih lembab dan bengap.
_
8.
 Jika anda seorang yang berumah tangga, selepas melakukan hubungan, terus mandi sebelum tidur kerana akan membantu anda lebih segar ketika bangun dan mengurangkan keletihan. Nabi juga berpesan, bersegeralah mandi hadas besar ketika berada di dalamnya.
_
9.
 Jangan ambil makanan yang berat sebelum tidur. Elakkan sebolehnya mengambil makanan yang berat sebelum tidur kerana akan menyebabkan badan terasa letih ketika tidur.
_
10.
Good Morning All.. Have a nice days. :-)
_

Itu sahaja antara tips-tips yang aku nak kongsikan kat sini,yang sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk lebih segar bangun di awal hari. Dan perkara yang paling pentingya adalah MOTIVASI dalam diri kita. Amalkan selalu dan bersama-samalah kita melalui hari-hari yang ceria.

Wednesday, July 14, 2010

SEKALI LAGI DIA BUAT HAL

Kenapa lah blog aku yang murni ni dicemarkan dengan perkataan yang menggelikan hati..
Alahai seluar dalam, banyak sangat ke seluar dalam kat blog aku ni sampai dah jadi "Kedai Online Menjual Seluar Dalam"?

Aku pun dah tak tahu lah nak cakap macam mana lagi, blog aku Mencari Yang Terbaru Ketika Berkongsi Kehidupan, bukan mencari fesyen terbaru pakaian dalam.. Membebel panjang pula aku, korang tengok la sendiri gambar kat bawah ni..


Tak nampak? Jap aku besarkan kat korang..


Sebelum ni dah la blog aku jadi mangsa tentang seluar dalam artis Malaysia, kat post

Macam-macam hal la, yang aku tahu, keh keh keh je,, :-D

Monday, July 12, 2010

SPAIN WON BUT WHY GEMANY STILL THE BEST

Spain was win the world cup 2010, but why Germany is better and got many award than Spain? 


That only one, what? GERMANY ALWAYS THE BEST..

 

Don't believe it?

 

I write down according to facts that noticed in Federation Internationale de Football Association (FIFA).

 

Lets see why Germany still the best in the world compare the other country..

 

(1) ALL TIME RANKING

 

 Still number two in ranking..

 

(2) TOP GOALS

 

Top Goals ranking..

 

(3) GOALS GALORE AS MULLER FOLLOWS PELE

(FIFA.com) Saturday 10 July 2010


FIFA.com looks at the numbers behind the stories on an evening that witnessed Thomas Muller excel as the third-place play-off maintained its tradition for producing goals by the bucket-load.

 

 

(4) THE GOLDEN BOOT


Thomas Muller’s opening goal for Germany against Uruguay in the third-place play-off proved enough to earn the Bayern Munich starlet the adidas Golden Boot. Muller finished on five goals at the 2010 FIFA World Cup in South Africa, but claimed the top scorer accolade thanks to no fewer than three assists, leaving him ahead of Spain marksman David Villa and Dutch hitman Wesley Sneijder, both of whom finished on five goals but with only one assist apiece.

 

 (5) HYUNDAI BEST YOUNG PLAYER AWARD

 

Thomas Muller has been named as the Hyundai Best Young Player for his performances at South Africa 2010, in which he helped Germany to a third place finish.


And lastly, Germany always the best.. :-) 

 

Sunday, July 11, 2010

DI SAAT

Bukan aku yang tulis apa yang ada di bawah ni, aku copy dari http://arieantara.posterous.com/disaat
Best dan sayu sangat madah-madah kat bawah ni..

•Disaat kamu ingin melepaskan seseorang.. 
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
 
•Disaat kamu mulai tidak mencintainya...
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
 
•Disaat kamu mulai bosan dengannya...
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

•Disaat kamu ingin menduakannya...
bayangkan jika dia selalu setia
 
•Saat kamu ingin membohonginya...
ingatlah disaat dia jujur padamu

•Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
 
•Tidak mudah mencari yang hilang
•Tidak mudah mengejar impian •Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada 
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
 
•Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
 
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
•Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
 
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan
 
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu perhitungan
•Jangan hanya mau menang sendiri
 
•Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
 
•Hidup ceria, bebas leluasa
•Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Saturday, July 10, 2010

Tersangat la BUSY

WAAAAaaaaAaaAaaaaaAA...


Minggu ni aku busy sangat-sangat. Dah semester akhir ni, banyak betul dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuhi.Tapi, aku tak akan putus asa. Aku nak up kan pointer aku untuk masa depan aku dan mak ayah aku..ngee3~ 

Ok..ok..Aku cita sikit apa kerja yang aku kena  setelkan. Aku ada 3 paper yang perlu dilalui. Paper pertengahan tahun midterm lah..Isnin aku ada paper lagi aku kena jumpa supervisor aku untuk perkara lanjutan tentang Final Year Project aku. 

Korang nak tau tak apa projek aku? Jeng..jeng..jeng.. aku nak cita jugak kalau korang tak nak tau. Aku dan kawan-kawan akan buat satu kiosk penunjuk arah di UKM,Bangi. Wooo...menarikkan. So, kepada pelajar-pelajar UKM, sila ambil perhatian. 

Berbanggalah korang dengan adanya aku untuk buat projek besar kat tempat korang. Kiosk ni bertujuan untuk memudahkan pelawat, staff mahupun pelajar untuk ke destinasi yang hendak ditujui. Mudahkan..memang mudah untuk guna. Tapi kitorang yang nak buat ni.......tak kisah..tak kisah.. Dah ni memang tanggungjawab kitorang. Ok...habis. 




Hari rabu pulak aku ada presentation. kalau presentation ni menggunakan Power Point tak pe lah..Senang dan cepat la kerja aku. Tapi atas permintaan encik lecturer yang budiman lagi rupawan, dia nak kitorang buat menggunakan Adobe Flash. 

Dia kata ini adalah kali pertama dia mengajar student Multimedia semester akhir.So, dia nak jugak la tengok kitorang punya skill-skill..Hmmm...baiklah encik lecturer..Kami tunjukkan, tapi jangan terkejut sudah. Perasan bagus pulak. teheee~


Hari jumaat, aku ada 2 paper. Petang dan malam. Banyak chapter yang perlu dibaca. Dah la dua subjek ini adalah subjek kefahaman. Nak tak nak aku kena tempuhi jugak la. Itu lah, awal-awal tak nak fokus betul-betul. Dah jadi macam ni, baru nak menyesal. Orang kata apa......hmmmm.

Dah terhantuk baru nak tergadah..

So, kepada semua kawan-kawan doakan aku dapat jalani minggu ini dengan tenanag dan jayanya. 

Thursday, July 8, 2010

AKU TERKELU TIDAK BERKATA

Huhu,

German dah kalah dengan Sepanyol. Sebagai Kelab Peminat German, terkilan sedikit la.. Tapi itu dah takdir dan kekalahan pagi ni aku terima je. Kepada Sepanyol, tahniah aku ucapkan dan permainan yang Sepanyol tunjukkan memang tahap best dan terbaik.

German pun cantik dan sehingga akhir perlawanan, corak permainan yang ditunjukkan memang membanggakan kerana masih cuba untuk tidak terlalu "tamak" dan tidak hilang pertimbangan, tapi strategi mereka kalah kepada Sepanyol.

Walaupun 1 - 0 dibaham Sepanyol, kekalahan tetap kekalahan dan tidak melayakkan German untuk merasai kembali penangan Trofi Emas Piala Dunia kali ini. Mungkin peristiwa tahun 2006 sebagai pemengang tempat ke-3 akan berulang kembali.

Sepanyol jika dikekalkan corak permainan seperti tadi mungkin akan dapat menjulang trofi keramat tahun ni.
Dan juga mungkin akan menamatkan kemarau menjulang piala dunia untuk pertama kalinya..



 GOLLLL!!!
 


Sunday, July 4, 2010

GERMAN MENANG LAGI



Kesetiaan aku berbalas akhirnya.. Ini adalah BLOG KELAB PEMINAT GERMAN, so semestinya hati aku sekarang ni berbunga-bunga.

Tapi tadi, aku dengan member-member keluar ler tengok game malam tadi kat kedai mamak, dah la member-member aku semua peminat Argentina. Merah je la telinga aku meenepis 'lagu-lagu'. Sampai lah balik, kereta yang aku naik tu macam aku seorang je dalam tu.. Keh keh keh..

Memang cantik la German lawan malam tadi. 4-0 belasah Argentina. Aku menulis sebagai peminat setia German, dan tak nak la bergaduh-gaduh dan menyentuh sensitiviti peminat pasukan negara lain.

Aku tak la menaruh harapan yang terlalu tinggi German akan berjaya menjulang trofi emas piala dunia yang berharga lebih RM 30 000 000  (30 juta la) sekarang ni. Cukuplah sekadar dapat berada di peringkat akhir. Kalau dapat julang, lagi bertambah-tambah la bongkak aku. Lalalala~~~

Aku minat pasukan Germna ni sebab corak permainan diorang dari dulu lagi memang cantik. Walaupun bukan tiap-tiap Piala Dunia diorang menang, sekurang-kurang permainan yang di tunjukkan memang mengujakan.

Dari zaman penjaga gol, Oliver Khan yang pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dunia, sehingga la sekarang, aku dapat lihat permainan German memang penuh seni. Permainan yang cantik dan halus. Betul ke?

Apa pun, German tetap di hati dan  tahniah kerana membuktikan kehebatan malam tadi dengan menyingkirkan pasukan pilihan ramai, Argentina dengan bolosan gol sebanyak 4 biji. Dan kepada Joachim Loew, Jurulatih Pasukan German, teruskan dengan sikap cool dan relaks..

Loew Yang Cool.. (Atas bercermin mata)