Friday, June 11, 2010

PERJALANAN MERISIK, KU TEMPUHI SEGALANYA

Semalam aku pergi ke Sabak Bernam untuk tengok dan merisik sebuah kereta ni. Kereta ni member aku berkenan sangat untuk jadikan "isterinya". Namun di sebabkan member aku ni malu ditambahkan dengan kesibukan bekerjanya, maka aku lah yang menjadi wakilnya.

Aku pun pergi lah, dan perjalanan aku ke sana memakan masa selama 2 jam 30 minit.. Nasib baik la orang tanggung minyak dan tol.. Sampai ja aku di sana, maka aku telah berjumpa dengan 'ayah' bakal 'isteri' member aku ni.. Kat sini ada la sikit-sikit shot yang aku sempat ambil..


Aku shot nadi utama dulu,fuhhh.. baik je denyutan dia..


Pastu tangan dia lak, memang cun lg.. kiri kanan ada power siap..


Bontot cukup besar.. Besh!!


Hati cukup kuat, tahan sabar dan lambat panas..

Ini paling unik, 2-2-1..susah nak tengok ni..


Garang juga nampak,,


Ini biasa la, tahan telinga la.. di tambah dgn speaker.. kalau kena 'berleter' confirm tak berbalas..


Ini satu "body" bakal "isteri" member aku.. mantap..

Fuhh, penat aku merisik akhirnya semuanya memang orang tua-tua cakap pilihan yang sesuai. Walaupun lama, tapi tetap memikat hati. Setelah hampir sejam di sana, maka aku pun bergerak la pulang. Dengan penat dan letih memandu selama 2 jam lebih tadi, maka aku pun suruh la PA aku pula drive. Keluar je dari tempat tu sejauh 4 kilometer, aku terjumpa pula dengan kejadian lain pula..  

Teruknya....

Habis patah driveshaft dan absorber kereta saga baru ni..




Di fahamkan, kemalangan di sebabkan tayar lori di hadapan tercabut dan terkena saga lalu terjunam hampir ke dalam parit..


Penyibuk mana pula ni?

Apa pun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku, Syukur sangat.. Mungkin ini lah yang menjadi punca utama pemandu masih lagi selamat..


Renung-renungkan lah..
Namun, selepas je berhenti tengok semua ini, aku juga yang jadi mangsa sebab PA aku pula trauma nak drive tengok semua ni.. Hah, terpaksa la aku pandu balik ke tempat aku yang mengambil masa 2 jam lebih.. Nasib baik la ada sponsor makanan, "anak ikan puyu" goreng .. Melantak sampai tak ingat dunia..  Sempat juga la aku berehat..

Di tengah perjalanan, aku ternampak pula "seekor kancil" terlantar di tengah-tengah pembahagi jalan.. Tapi tiada gambar, sebab aku dah malas nak berhenti, dengan kejar masa, penat dan cuaca yang hujan.. Berhati-hati lah di jalan raya.. Ingat lah PA yang eh, ingatlah orang yang tersayang..

1 Comment:

Anonymous said...

eksiden kat mane 2?
mcm kenal jer tmpatnye?