Wednesday, December 29, 2010

JOM TENGOK BOLA




Entry terpendek.. Nak gi tengok bola dulu.. Jom sokong Malaysia.. Malaysia Boleh!!!




Tuesday, December 28, 2010

HACKER HuX0R , BACA INI. ORANG LAIN JANGAN

HuX0R, aku nukilkan entry khas untuk kau pada pagi ini. Dah habis isu w3d0z dahulu yang berpengkalan di Indonesia, kini kau pula muncul menimbulkan provokasi. Kau tau tak kau tu dah boleh di bawa ke pendakwaan di mahkamah tinggi dan juga antarabangsa kerana menimbulkan huru-hara.

HuX0r oi, kenapa la kau ni dayus sangat? Suka sangat nak hacked orang nu la, orang ni la.. Kan bagus juga kalau kau gi hack kepala kau sendiri ja.

Bukan nak buat emo apa, cuma aku nak tegur la sikit. Kenapa kalau ko rasa ko tu dah hebat sangat, tak payahlah nak hack blog yang taraf-taraf rendah ni. Yang ko nak hack apa? Laman JiwaKacau, dan entah mana-mana blog dan web lagi la. Dan yang terbaru nak hack ohMedia kononya.
Ko sedar tak yang ko ni sebenarnya budak hingusan yang dayus. Kalau kau ni professional, kau gi la hacked Berita Harian ka, MyMetro ka, dan lain-lain. Tak pun kau hacked government. Kalau tahap tu ko boleh buat, memang blogspot aku pun dah arwah juga la.

Berhenti la HuX0r, pergi la bawa-bawa bertaubat. Jangan sampai nanti rumah atau harta kesayangan kau pula di hack oleh perompak atau perogol or penggodam hidup.

Ok, Salam sayang (^_^)

Monday, December 27, 2010

TSUNAMI DI MALAYSIA ; GENAP 6 TAHUN

Masihkah kita mengingati bencana tsunami yang pernah melanda Malaysia pada 26 Disember 2004 dahulu? Bencana alam itu telah mengorbankan 150,000 orang termasuk di negara-negara lain yang terkena bencana ini seperti Thailand, India, Indonesia dan banyak lagi.

Namun dek kerana masa yang begitu pantas berlalu sehingga menyebabkan ramai di kalangan kita yang melupakan tragedi ini. Saat ia berlaku, timbul beribu keinsafan di hati masing-masing. Tetapi kini, semua keinsafan itu lenyap pergi begitu sahaja.

Kekejaman kembali berlaku. Kejahatan dan kekejian kembali berleluasa. Kes bunuh, kes buang anak dan bermacam lagi menjadi seakan isu biasa pada setiap hari di dada akhbar tempatan. Ke mana hilangnya keinsafan dahulu yang pernah disentakkan dengan gelombang tsunami?


Atau kita harus selalu menerima gelombang tsunami setahun sekali bagi menguatkan lagi keinsafan dalam diri kita? Jangan apabila terjadi begitu, kita sudah tak sempat untuk menginsafkan diri lagi. Tidakkah kita insaf dengan nasib yang pernah menimpa saudara-saudara kita dahulu?

Langkah awal bermula dalam diri kita sendiri.

Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH MALAYSIA

Aku cukup bangga dengan corak permainan pasukan Malaysia pada malam ini. Kerjasama berpasukan yang ditunjukkan pada malam ini memang amat mengujakan semua penonton. Tahniah Malaysia. Piala AFF Suzuki hampir menjadi milik Malaysia dengan kemenangan besar 3-0 pada perlawanan akhir pertama ini.

3 jaringan ini cukup untuk memberi tempat yang selesa apabila bertandang ke Indonesia pada 29 hb ini. Teruskan usaha dan dapatkan jaringan di tempat lawan bagi meletakkan pasukan negara kita lebih selesa di sana nanti. Pastikan Piala AFF Suzuki 2010 kali ini berjaya dibawa pulang bersama kemenangan yang besar.

Dan akhirnya, aku cukup berbangga dengan Fahmi yang menjaga gawang dengan berhati-hati dan selalu peka.


Friday, December 24, 2010

JIKA MALAS BANGUN PAGI

Entry kali ni agak sedikit menyentuh sensitiviti. Jika korang seorang yang sensitif dan mudah tersentuh, diharap jangan teruskan pembacaan.

Ok, itu sedikit mukaddimah dari Almy. (^_^). Di sini ada sedikit tips untuk Almy kongsikan dengan semua pembaca tegar mahupun tak tegar. Apa yang mampu membuat anda rajin bangun awal pagi? Jika korang bekerja sekalipun, sikap malas bangun pada pagi hari memang tetap akan ada dalam diri kita.(bukan semua).

Mungkin kita tak sedar, ada 2 perkara yang kita ambil remeh dan ianya mampu menyebabkan kita malas untuk bangun pagi. Apa 2 perkara itu?

Pertama : Kuku
Kedua  : Bulu

Jika korang menyimpan kuku dan bulu yang panjang,  ia sekaligus mampu mempengaruhi gejala bangun lewat pada waktu pagi. Sedangkan kita tidak digalakkan untuk menyimpan kuku dan bulu yang panjang. Namun apa hujahnya? Semuanya sebab kuku dan bulu yang panjang akan menyebabkan kita jadi malas.


Memang tiada bukti dari mana-mana pakar, sebab kebanyakkan pakar semuanya berkuku pendek. Almy dapat tips ni dari kawan Almy juga. Almy pun try la ikut nasihat dia untuk potong kuku, (bulu tak panjang eh), dan keesokkan hari, 6.13 pagi dah bangun dan tak terasa malas sikit pun. Padahal tidur macam biasa je, pukul 1 pagi.

So, sama-sama la kita memotong kuku dan bulu. (Panas panas panassss) (^_^)

Wednesday, December 22, 2010

TRAFIK DARI SEARCH ENGINE

Jika sebelum ni Almy pernah kongsikan dengan semua kawan-kawan dan pembaca mengenai trafik yang masuk ke blog Aku Ke Ini pada bulan Oktober dan November, kini hampir genap sebulan lagi untuk Almy berasa gembira setelah lama berblogging ini. 

Trafik pada bulan ni amat memberangsangkan jiwa dan otak walaupun tersangkut dalam jalan yang sesak tadi. Almy tunjukkan ketiga-tiga bulan dari Oktober, November dan Disember. Sekadar berkongsi, bukan meninggi diri.

Oktober

November

Disember

Monday, December 20, 2010

LUCU DAN MENARIK

Arghh... Sedikit stress dengan kerja-kerja mula ni. Nak rest kejap, tapi rindu pula nak update blog. Pastu sempat layan satu blog baru yang agak best.. Yang Lucu Dan Menarik, slogan dia pula, hanya yang lucu dan menarik sahaja, yang lain tiada.

Jom sama-sama pergi melucu dan menarikkan hati dan jiwa yang tengah stress disana.. Tito kejap. See later.

Stress Melanda, baring dan tidur jalan penyelesaian.. (^_^)
Kroohhhh>>>>>

Sunday, December 19, 2010

LANGKAH PERTAMA BERMULA DAN BERJAYA

Alhamdulillah.. Selepas berhempas pulas dengan masa yang padat dan mencari ruang untuk memulakan langkah pertama mencapai impian Almy, akhirnya berjaya juga. Langkah pertama selesai dan mungkin selepas ini, langkah kedua dan seterusnya mungkin akan lebih sukar.

Namun, Almy harap dapat kuatkan diri dan semangat untuk menempuh pelbagai dugaan yang mendatang nanti. Walaupun agak penat, namun Almy tetap puas hati. Bagi yang masih kelabu langkah apa yang Almy tengah cakap ni, sila baca entry sebelum ni. Yang dah faham seperti SolIhin dan Nur Hani, tak payah lak gatal-gatal nak baca lagi. (^_^) Jgn marah tau. Korang dah dapat free trafik.

Thanks sangat kat diorang berdua ni sebab sudi bagi semangat kat Almy. Korang dua memang best la. Kepada Nur Hani, kenapa blog Hani under construction? Nanti Almy dah dalam keadaan yang stabil, baru Almy akan kongsikan dengan Hani ok. Sabar taw..
Maybe dah tak lama, dalam seminggu lagi. To All blogger yang tengah baca, doakan Almy berjaya dan harap nanti kita dapat bersua muka dalam alam realiti. Not dua Alam D* R*****y.. Opps..

Saturday, December 18, 2010

SEBELUM DAN SELEPAS

Jika sebelum ini, Almy letakkan tag "Aku ke ini : Mencari yang terbaru ketika berkongsi kehidupan", namun setelah jiwa dan perasaan mendesak untuk melakukan satu revolusi atau perubahan yang mendadak ke atas hidup dan persekitaran Almy, kini Aku Ke Ini telah bertukar dan mencipta satu revolusi baru, iaitu; Revolusi Ke Arah Penulisan Pandangan Diri.

Ini bermaksud, Almy telah bertekad untuk melebihkan penulisan blog ke arah penulisan idea sendiri tanpa persamaan dengan artikel yang sedia ada di tempat-tempat yang lain.

 Sebelum

Selepas

Thursday, December 16, 2010

SEMANGAT JATUH KEMBALI TERUBAT

Almy selalu bercita-cita untuk membangunkan sendiri sebuah syarikat yang mampu memberikan kelainan kepada semua dari pelbagai aspek. Dari 4 tahun yang lepas, impian ini semakin hari semakin kuat dan mendesak Almy untuk mencari ilham dan berusaha mencapai apa yang diingini.

Semakin hari, semakin tidak sabar untuk Almy dan rakan-rakan menjelajah ke dunia baru yang di gelar dunia industri. Namun, dek kerana kekurangan modal dan wang pada permulaan ini, bermacam-macam halangan yang datang dan hampir selalu semangat untuk meneruskan perjuangan mengapai impian ini hilang.

Namun, di saat itu, mujur ada juga rakan-rakan yang setia dan selalu memberikan dorongan untuk meneruskan kerja ini. Biar susah dahulu. Biar orang mengata. Biarkan orang tak nampak hasil pada permulaan kerana ramai yang hanya pandai melihat dan menilai disaat seseorang atau kumpulan itu berjaya.

Jika di sebut perkataan HPA, siapa yang tak tahu? Kalau dahulu, memang YA jika orang tidak kenal dan tidak nampak syarikat besar itu akan menjadi sebuah syarikat yang dikenali ramai dalam industri makanan halal. Tetapi, bagaimanakah keadaan mula pengasas dan pemilik Syarikat HPA itu dahulu? Ramai yang tidak menyokong beliau untuk  menubuhkan syarikat yang kini megah dan teguh berdiri. Sehinggakan ramai saudara yang terdekat juga tidak berapa menyetujui keputusan beliau.


Dengan ungkapan itu, Almy bertekad untuk tetap berusaha dan mencapai impian Almy bersama rakan-rakan yang banyak menyokong walau pada masa kini, kami terpaksa untuk menggunakan wang sendir dan perlu untuk bekerja teruk demi keuntungan masa hadapan. Walau orang yang rapat disisi Almy seperti memandang sebelah mata, Almy akan tetap teruskan. 

Andai berjaya, Almy gembira untuk berkongsi dengan semua orang walau pada mulanya Almy tidak di sokong. Dan andai gagal, Almy akan teruskan usaha mencapai impian itu. Tiada yang mudah dalam perjuangan.

Wednesday, December 15, 2010

TAHNIAH! MALAYSIA MESTI TERUSKAN USAHA

Pertama sekali, Almy ingin ucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya membelasah Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama. Setelah melalui perjalanan yang agak sukar ke pusingan separuh akhir, akhirnya Malaysia mula menunjukkan taringnya untuk merampas kembali takhta.

Walaupun perjuangan di pusingan separuh akhir belum berakhir dan belum dapat dipastikan semada Malaysia akan layak atau tidak untuk ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF, namun perlawanan malam ini memberi harapan baru untuk Malaysia ke perlawanan akhir nanti.


Kepada pasukan Malaysia, teruskan perjuangan anda dan jangan hampakan ribuan peminat sukan bolasepak Malaysia. Terus capai kemenangan di perlawan separuh akhir kedua nanti untuk terus melonjakkan pasukan dalam perlawanan akhir nanti.

Malaysia pada malam ini, pada separuh masa pertama agak tercari-cari rentak untuk mengawal posisi diatas padang. Hampir menjatuhkan semangat penyokong pada separuh masa pertama. Namun, semangat penyokong setia bolasepak Malaysia kembali terubat apabila Malaysia mendahului Vietnam dengan jaringan 1-0 yang dicetuskan oleh Safee Sali yang berjersi nombor 10.

Harapan mendapatkan tempat yang selesa kian bertambah apabila Safee Sali melengkapkan kemenangan ke atas Vietnam dengan menambah sebiji lagi gol. sekaligus menjadikan Malaysia 2, vietnam 0. Malaysia harus menambahkan prestasi pada pusingan separuh akhir kedua sabtu ini. Dari Almy, tahniah dan teruskan perjuangan untuk menobatkan Malaysia sebagai juara Piala Suzuki tahun ini.

REVOLUSI PENULISAN BLOG KINI

Selamat pagi semua.. Apa khabar hari ni? Harap korang semua sihat belaka.. Jangan sakit sakit tau. Almy tergerak untuk menulis entry khas pada pagi ini. Jika dilihat entry-entry sebelum ini, lebih banyak berkisarkan kepada pelbagai isu dan perkara. Dari pelbagai sumber idea-idea untuk mengupdate sebelum ini. Dan kadang-kadang, sampai bingung memikirkan untuk update apa bagi maintainkan trafik.

Namun, tiba-tiba, datang ilham dan keadaan yang mana kini mencetuskan revolusi kepada Almy untuk mengubah cara penulisan dan entry lebih kepada penulisan pandangan sendiri dan apa sahaja yang terlintas.

Almy dah tak nak sangat berblogwalking demi menjaga trafik yang berkualiti. Disebabkan blogwalking, ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab yang cuma datang ke s/mix cuma untuk meninggalkan jejak tanpa membaca apa yang ditulis. 

Ok, memang trafik tinggi, namun apakah perasaan anda apabila karya yang dikarang dan idea yang dicurahkan hanya sia-sia dan tidak diambil kisah oleh sesiapa pun? Bukan mencari populariti, tetapi sekadar mengharap penat lelah mengarang dapat dihargai. Maklumlah, Almy  ni kan kurang kasih sayang (T_T)

Almy tak nak sangat fikirkan apa yang terjadi kepada trafik, namun jika Almy pergi membaca ke blog kawan-kawan, Almy akan tinggalkan jejak juga. Sebagai bukti yang Almy pernah datang ke blog dia. Tak kisah lah kalau dia tak nak datang ke blog Almy pun.

Sekurang-kurangnya, kita ada kenangan di blog tersebut. Seperti mana orang memanjat ke banjaran Himalaya dan tinggalkan tanda mereka disitu. Bukan dapat apa-apa pun, tetapi kepuasan dan nikmat itu yang membahagiakan kita.

**Mengharap sinar baharu datang menjelma.
***Kualiti atau kuantiti?

Monday, December 13, 2010

TIDAK!! AKU PENAGIH BLOGWALKING

Walaupun rasa sibuk, tapi kenapa tangan ni masih gatal untuk terus berblogwalking. Nampaknya aku memang seorang penagih blogwalking. So, aku takkan berhenti blogwalking. Aku tetap nak blogwaking menjenguk kawan-kawan. Tapi aku tak nak terlalu tegar.

Walaupun dah dua hari aku berhenti berblogwalking, namun masih banyak kawan-kawan yang datang ke blog ni. So, aku decide untuk tidak lagi berhenti blogwalking ni. Aku nak terus bersama kawan-kawan blogger yang tidak pernah jemu-jemu2 datang ke blog aku ini. 

Aku akan kembali blogwalking dan akan terus blogwalking, namun  tidak seaktif dahulu. Jom jalan-jalan. (^_^)


APAKAH YANG PATUT FOKUSKAN PADA BLOG INI?

Almy nak minta pendapat kepada semua pengunjung dan pembaca. Almy kini semakin sibuk untuk menguruskan blog ini. Tidak sempat lagi untuk berblogwalking seperti sebelum ini. Dan jika dilihat kepada entry yang sebelum-sebelum ini, almy banyak mencampurkan semua perkara.

Jadi blog ini tiada keunikan sendiri. Baru almy sedar. Tapi, mulai dari selepas entry ini, almy ingin fokuskan blog ini kepada sesuatu yang khusus sahaja. Namun begitu, masih tercari dan terkial-kial dengan entry apa yang akan sesuai untuk blog seperti ini.

Dalam kepala otak ni, ada beberapa idea :
  • Update mengenai gambar-gambar dan video haiwan comel sahaja.
  • Isu semasa (tapi mungkin tak sempat).
  • Tutorial software seperti Adobe, 3D dan sebagainya.
  • Tutorial coding untuk blog dan website.
  • Minat kereta, tetapi tiada sumber yang banyak.
  • Apa-apa yang berkaitan Multimedia.
  • Teknologi terbaru.
Minta tolong kawan-kawan semua, kalau ada yang lebih baik, tolong cadangkan.


Sunday, December 12, 2010

TIADA LAGI BLOGWALKING

Hari ni Almy pergi balas semua rakan-rakan blogger yang datang tinggalkan jejak kat Shoutbox kat sidebar. Tapi Almy tak tinggalkan jejak kembali sebab Almy dah decide untuk tak nak lagi berblogwalking. Bukan sebab apa, cuma sibuk dengan kerja-kerja. 

So, terima kasih kepada yang selalu blogwalking dan dtg tinggalkan jejak. Mungkin dalam sehari Almy cuma sempat untuk update. Tidak untuk blogwalking. Seperti kata orang, berhenti sebelum kenyang itu lebih baik. (^_^)


Saturday, December 11, 2010

BERKORBAN KERANA WARIS

Sanggup kah anda lakukan begini? Yang penting anak selamat.

Friday, December 10, 2010

Thursday, December 9, 2010

BABI DI DINDING


Terlalu kreatif sehingga begini jadinya. Siapa berani cas handphone guna plug ni? Cepat g samak dengan air tanah (*_*)

BELI AYAM KAMPUNG DAN ITIK ONLINE

Anda penggemar ayam kampung? Susah untuk dapatkannya di pasar? Kini tidak lagi. Anda boleh dapatkan ayam kampung dengan mudah tanpa perlu beratur panjang. Hanya order dan ianya akan sampai dihadapan rumah anda selepas siap diproses.

Anda juga akan dapat menikmati harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan itik yang di beri makan mengikut syariah. Makanan yang halal dan kami adalah pengusaha Muslim yang mengamalkan penyembelihan mengikut syarak.

Jika anda berminat untuk mendapatkan AYAM KAMPUNG dan juga ITIK, dapatkan maklumat lanjut  DI SINI SEKARANG.


Wednesday, December 8, 2010

MAC PRO 15 SESUAI UNTUK GAMING KE?

Berhubung entry sebelum ni, laptop terbaik untuk bermain game, ada yang lantang menyuarakan ketidakpuasan dengan ayat ini "cik kak oi... mac book pro bukan untuk main game.. tuh nak war design ngan editing la.....". Kalau ya ya pun, bagi la salam dulu. Tak pikir ke orang balik kerja dengan jalan jam lagi.

Balik-balik kena ayat yang sedikit kurang ajar begitu. Sedikit je pun. Ok, untuk penjelasan, siapa cakap yang MacPro 15 tidak boleh main game? Sebelum tu, kita tengok spec untuk MacPro 15 dulu.

  • 2.4GHz or 2.53GHz Intel Core i5 processor with 3MB shared L3 cache; 
  • 2.66GHz Intel Core i7 processor with 4MB shared L3 cache; 
  • or optional 2.8GHz Intel Core i7 processor with 4MB shared L3 cache
  • 4GB (two 2GB SO-DIMMs) of 1066MHz DDR3 memory; two SO-DIMM slots support up to 8GB

Ok, kesemua kompenan kat atas tu memang cukup hebat dan terbaru untuk korang main game dalam laptop Mac Pro 15 ni. Memang Mac lebih dikenali dalam bidang designing dan editing. So, disebabkan itu, Apple telah memasukkan pelbagai barangan yang berkualiti untuk keselesaan semasa melakukan kerja editing tu.

Semasa proses editing, Almy ambil contoh 3D, berapa lama untuk renderkan movie yang dilengkapi dengan shadow, texture dan pelbagai? Dan jika dibandingkan dengan proses untuk bermain game

Pendek kata, Yang membuat lebih hebat atau yang bermain lebih hebat? Nilai sendiri.

Tapi, ada pula alasannya, "Cik almy pernah dengar tak, windows for gaming, linux for hacker dan mac for working?"

Senang je almy nak jawab, kalau rasa windows sesuai main game, ko masukkan OS Windows dalam mac tu. Kalau rasa nak hacker pula, masukkan Linux dan berikutnya..

Kenapa? Kalau pakai laptop Mac Pro 15 tetap kena pakai OS Macintosh juga? Kalau macam tu, kalau laptop ko acer, ko pakai la OS dari ACER eh, Toshiba dari OS Toshiba juga. Boleh tak? Berbulu kot ko nak buat OS sendiri nanti.

Ok, timbul pula isu kata Mac tak multiusage macam windows. Kalau betul la ko kata tu kan, ko masukkan la Windows dengan Mac, boleh jadi extra-multiusage lagi tu.(~_~)


Pastu boleh poyo-poyo pula cakap yang dia guna Mac. Orang lain guna mac pun tak da pula yang~~~~~~~~~~~~~~ (sambung sendiri eh).

Maaf kalau entry ni menyakitkan hati mana-mana pihak. Ini adalah luahan sendiri. Tak percaya best main game dengan Mac, google atau beli Mac dan cuba sendiri (^_^)

LAPTOP TERBAIK UNTUK GAME

Peminat permainan komputer? Berada diluar namun masih ingatkan PC di bilik? Nak main game guna laptop, tapi takut banyak yang tak support dan graphic tak cantik?  Tiada kepuasan dengan laptop? Jangan risau, masih ada laptop yang menawarkan peluang untuk anda bermain game yang tinggi resulation dan high definition.

Kini, setelah anda milikinya, mainlah game puas-puas dimana sahaja. Jangan dalam masjid sudahlah..

1.  Dell Studio XPS 16


2.  Dell XPS M1530


3.  Mac Book Pro 15



4. Alienware M 17x

5.  Alienware M 15x

6.  iBuypower Battalion 101 CZ-9 Ultra

7.    AVA Direct D901 C

8.  HP HDX18T

9.   Toshiba Cosmio X500


**Gaming dan Blogging memang sama fight la..

Tuesday, December 7, 2010

MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR

TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Malaysia yang berjaya menempah tempat di separuh akhir Piala Suzuki AFF. Pasukan Malaysia berjaya menundukkan Laos dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan jaringan 5 berbalas 1.

Kejayaan Malaysia ke separuh akhir juga disebabkan oleh kejayaan Indonesia menundukkan Thailand 2-1. Malaysia harus berterima kasih kepada Indonesia dan juga Bambang yang meledakkan jaring gol Thailand sehingga menyingkirkan Thailand untuk terus mara ke perlawanan separuh Akhir Piala Suzuki AFF.

Kepada pasukan Malaysia, teruskan perjuangan dan jangan lagi bergantung kepada pasukan lain dalam perlawanan selepas ini. Terus maju sukan bola sepak untuk Malaysia.


Malaysia 5 - 1 Laos
Indonesia 2 - 1 Thailand

PEREMPUAN ISI MINYAK

Apabila perempuan isi minyak di stesen minyak, apa yang terjadi?

 Dekat sangat tu akak oi.. (^_^)

 Polis:  Kenapa tak bawa sekali dengan stesen minyak tu jer?

 Bantuan minyak bagi yang perlu..

Isi minyak wireless (T_T)

Step 1

Step 2

Step 3

Blurrrrr~~~

**No komen from writer.. (*_*)

BAHAYA ANTARA CERMIN DAN KACA DUA HALA

Perhatian, terutamanya bagi kaum wanita. Jika anda abaikan, anda mungkin akan menjadi mangsa insan yang tidak bertanggunjawab ini. Anda akan menjadi mangsa bila anda tidak sedari yang anda sedang dilihat samada di dalam bilik persalinan, tandas awam, hotel, dan dimana-mana jua.

Tahukan anda apa itu kaca dua hala? Kaca 2 hala adalah berbentuk fizikal seperti sebuah cermin sebenar yang akan memantulkan kembali apa yang bertentangan dengannya. Namun, beza antara keduanya adalah, kaca dua hala boleh dilihat dari sudut belakang kaca itu tanpa anda dapat melihat belakangya.

Apa maksudnya? Anda sedang dilihat tidak berpakaian atau berbogel, samada sedang mandi atau sedang menyalin pakaian di dalam kaca dua hala itu. Dan apa yang akan anda lakukan jika anda dirakamkan serta disebarkan rakaman itu ke seluruh dunia?

Dan lebih malang lagi bila anda berada dalam bilik hotel bersama pasangan anda. Semua aksi anda dirakamkan dan anda mungkin akan menjadi seorang bintang p**no terkenal. Mahukah begitu?

Berhat-hatilah anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menguji sendiri bilik persalinan, tandas awam atau hotel anda. Ianya mudah. Hanya dengan menggunakan satu jari sahaja.

Ini adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Maka anda selamat, bagaimana pula dengan kaca dua hala?

Ini pula KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.

Dan apa yang anda perlu ingat adalah, Jika tiada ruang, tinggalkan tempat itu.
NO GAP LEAVE PLACE.

**Untuk versi tanpa editing, sila ke sini.

Monday, December 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Semua dah tahu kan kita dah masuk 1 Muharram 1432 Maghrib tadi. Jom bersama-sama kita berhijrah kearah yang lebih baik. Kita jadikan yang lalu sebagai panduan dan iktibar untuk kita menjadi lebih baik pada tahun baru Islam kali ini.

Almy pun dah lakukan penghijrahan dalam blog ini, iaitu pembaharuan template (^_^). Tapi penghijrahan yang paling utama adalah dalam diri dan juga kehidupan kita dalam tahun baru ini.

Ini template sebelum berhijrah :  


Ini yang baru pula

Tak nak berleter panjang-panjang sangat, jom kita layan lagu Maal Hijrah ni. Selamat Menyambut Maal Hijrah.

GAMBAR MENARIK DAN TERBAIK AKSI HAIWAN

Saksikan gambar-gambar haiwan menarik yang diambil oleh pihak National Geographic diseluruh dunia pada tahun 2009. Gambar terbaik yang mesti lihat.

Senyum, orang ambil gambar kita tu~~

Arghh, aku terjatuh~~

(#_#)~~~


Nak, jangan la main-main~~

Aku malu~~

(T_T)~~

Pose cantik-cantik sikit, bukan selalu leh masuk internet~~

Seronok sungguh main snow ni~~

Tata~~ Nak terbang dulu (^-^)