Sunday, October 10, 2010

PERKAHWINAN SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN HARLINA

Hari ini, 10/10/10, tarikh yang dipilih oleh angkasawan negara untuk melangsungkan perkahwinan beliau bersama pilihannya, Dr. Halina Mohd. Yunos. Semoga jodoh mereka hingga ke akhir hayat dan terus ke syurgawi impian.

Dr. Harlina merupakan seorang doktor perubatan dalam bidang kecantikan di PrimaNora Women”s Wellness Centre. Harlina merupakan bekas pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sempena menyambut perkahwinan mereka, TV3 menyiarkan majlis perkahwinan mereka secara langsung pada jam 9 malam sebentar tadi. Siaran tersebut adalah langsung dari Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) selama satu jam. 

Majlis perkahwinan yang amat meriah sekali dan diselitkan dengan tema angkasa mungkin menjadi perkahwinan yang lebih meriah berbanding perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin.

5 Comment:

Solihin Zubir said...

sana sini cerita pasal tententen ngan cita datuk SMS nie.. hehe.. cerita panas arini...

Jyn's said...

ya, salah satu perkahwinan yg meriah d malaysia. ;)
Tahniah Dtk n Dr, moga kekal spai ke cucu cicit.

Cik Aien said...

semua blog update tentang datuk :)

kami bangga!

lan_ax said...

semoga berkekalan n bahagia sehingga ke anak cucu..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

pN.rOs said...

begitu ramai pastinya yg frust
tian dorang kan2