Kritikan selalu saja kita rasa dari orang sekeliling kita. Orang kebanyakan lebih suka mengkritik dari dari memberi semangat. Aku sebagai orang melayu dengan rasa maaf dan rendah hati ingin bertanya, "kenapa kebanyakan orang melayu kita lebih suka mengkritik dari memberi semangat?"
Memang ini semua dugaan dalam dunia industri perkhidmatan, namun kenapa golongan bangsa lain yang lebih banyak memberi semangat? Ke mana hilangnya sikap rasa berbangga dengan bangsa sendiri? Andai tulisan ini menyentuh sensitiviti korang semua, maklumkan aku segera.
Bukan mahu menjatuhkan bangsa sendiri, tetapi harap kita dapat bersama-sama untuk mengubah cara pemikiran kita. Lakukan anjakan paradigma ke dalam pemikiran kita. Namun, dalam kebanyakan itu, bersyukur sangat kerana ada juga yang masih menyokong dalam perasaan dan kekuatan diri yang bergoyah ini.
Kata orang, cari pengalaman dahulu untuk mulakan bisnes sendiri. Kerja dengan orang, ambil tahu keadaan dan risiko. Apa yang kita belajar secara teori bukan apa yang akan jadi di alam praktikal. Andai begitu, mengapa di ajar teori kalau bukan untuk dikembangkang dalam alam yang lain?
Satu yang aku ingin tanyakan, semasa perkahwinan dahulu, pernahkah kita timba pengalaman cara melakukan seks, cara menghadapi isteri, cara menjaga anak? Dan selepas itu baru kita kahwin betul-betul. Sedangkan perkahwinan itu lebih besar risikonya dari perniagaan.
Kenapa kita masih boleh teruskan perkahwinan tanpa pengalaman yang di timba melalui praktikal? Hanya dari pengajaran teori semata-mata.. Kerana keyakinan dan juga kerana apa yang kita dapat melalui teori seterusnya dikembangkan dengan cara sendiri. Itu point nya.
Wahai insan yang berfikiran begitu, ubahlah, dan bangunlah mencuba setiap peluang yang ada. Jangan terus jatuh. Andai Tuhan tentukan pada kali kedua baru kita berjaya, alangkah ruginya kalau kali pertama kita dah berhenti.
Pernah dengar tak Otai Burger? Berapa kali dia gagal dan hampir menjadi gila? Fikirlah. Kegagalan dan kejayaan adalah ditangan tuhan, kita hanya berusaha dan berdoa semampunya.