Satu proposal telah dihantar kepada kerajaan bagi tujuan untuk membina keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Menurut sumber tertentu, keretapi berkelajuan tinggi ini akan menggunakan teknologi magnetic levitation (maglev).
Keretapi jenis ini pertama kali dibina di Lapangan Terbang Pudong Shanghai. Dengan teknologi maglev ini, perjalanan 30 km hanya memakan masa selama tujuh minit. Kereta api Maglev di Shanghai boleh mencapai kelajuan sehingga 350 km/h dalam dua minit.
Idea untuk pembinaan keretapi ini antara Malaysia dan Singapura adalah dicadangkan oleh YTL Group.
Namun projek itu tidak mendapat 'lampu hijau' dari kerajaan kerana akan melibatkan kos yang tinggi.
** Kalau ada highway dan kereta yang menggunakan maglev ni, mesti cepat je dari utara nak ke selatan. Perlis ke Johor. Sesuai untuk suami isteri yang selalu menghadapi masalah untuk pulang beraya. Hihi..