Thursday, March 3, 2011

CLICK YOUR NUFFNANG

Dah biasa kan dengan ayat seperti

"Dah klik nuff awak"
"Click ur nuff, click me back"
"Dtg klik nuff"

Dan beraneka bagai lagi. Blogger baru mahupun blogger lama, jangan lakukan perkara ini. Jangan jadikan prinsip dan pegangan diri kita goyah hanya kerana duit. Bila kita dihambakan oleh duit, bermaca-macam kejahatan yang akan berlaku. Sebab tu lah banyak negara akan musnah. Kerana duit dan wang.

Bagi yang sedikit pandai, memang apa yang dia tinggalkan mesej kat S/mix dan s/box dengan tujuan orang akan kembali ke blog dia untuk klikkan iklan nuffnang dia. Tapi benarkah apa yang anda lakukan? Kebanyakkan mereka hanya klik pada lambang Nuffnang. Bukan pada iklan Nuffnang. Ini buktinya.


Kenapa aku katakan begitu? Kerana iklan yang Nuffnang letakkan pada blog kita adalah menggunakan Flash, dan coding untuk ke laman pihak pengiklan tidak akan boleh didetect melainkan sistem yang digunakan pihak Nuffnang sendiri. Coding itu sebenarnya ditanam bersama animation iklan. Datanglah klik sesuka hati, dah ada yang kena banned dan kena potong income. Nantikan entry akan datang. (^__^)

0 Comment: