Thursday, March 3, 2011

BOM DAH SAMPAI KAT MALAYSIA

Hari ni aku terbaca satu kejadian yang berlaku di KLIA. Tapi bom ini bukan ugutan atau apa-apa. Bom yang ditemui oleh pekerja di tapak binaan KLIA II ini dipercayai adalah dari peninggalan Perang Dunia II.

Dan disebabkan penemuan bom itu, sebanyak lebih 56 penerbangan terpaksa ditangguhkan. Aku baca kat thestar.com, servis lapangan terbang KLIA ni diberhentikan sebanyak dua kali. Dari jam 11 pagi hingga tengahari dan jam 3 petang hingga 3.30 petang.


Punyalah aku bercerita sampai terlupa nak bagitau bila yang jadi. Kejadian ini terjadi apabila pekerja di tapak binaan menemui bom itu pada Isnin malam. Bom itu akhirnya diletupkan.

Letupan pertama telah mempengaruhi 37 filght dan letupan ke-2 pula 19 ketibaan dan pelepasan. Akhirnya pada 3.18 petang, semua boleh berjalan seperti asal.

0 Comment: