Masihkah kita mengingati bencana tsunami yang pernah melanda Malaysia pada 26 Disember 2004 dahulu? Bencana alam itu telah mengorbankan 150,000 orang termasuk di negara-negara lain yang terkena bencana ini seperti Thailand, India, Indonesia dan banyak lagi.
Namun dek kerana masa yang begitu pantas berlalu sehingga menyebabkan ramai di kalangan kita yang melupakan tragedi ini. Saat ia berlaku, timbul beribu keinsafan di hati masing-masing. Tetapi kini, semua keinsafan itu lenyap pergi begitu sahaja.
Kekejaman kembali berlaku. Kejahatan dan kekejian kembali berleluasa. Kes bunuh, kes buang anak dan bermacam lagi menjadi seakan isu biasa pada setiap hari di dada akhbar tempatan. Ke mana hilangnya keinsafan dahulu yang pernah disentakkan dengan gelombang tsunami?
Atau kita harus selalu menerima gelombang tsunami setahun sekali bagi menguatkan lagi keinsafan dalam diri kita? Jangan apabila terjadi begitu, kita sudah tak sempat untuk menginsafkan diri lagi. Tidakkah kita insaf dengan nasib yang pernah menimpa saudara-saudara kita dahulu?
Langkah awal bermula dalam diri kita sendiri.
1 Comment:
hurm..saya hampir lupe tragedi ni...bagusla awk mengingat kan balik...sadis je kan...n ingatan bt semua...
Post a Comment