Thursday, December 16, 2010

SEMANGAT JATUH KEMBALI TERUBAT

Almy selalu bercita-cita untuk membangunkan sendiri sebuah syarikat yang mampu memberikan kelainan kepada semua dari pelbagai aspek. Dari 4 tahun yang lepas, impian ini semakin hari semakin kuat dan mendesak Almy untuk mencari ilham dan berusaha mencapai apa yang diingini.

Semakin hari, semakin tidak sabar untuk Almy dan rakan-rakan menjelajah ke dunia baru yang di gelar dunia industri. Namun, dek kerana kekurangan modal dan wang pada permulaan ini, bermacam-macam halangan yang datang dan hampir selalu semangat untuk meneruskan perjuangan mengapai impian ini hilang.

Namun, di saat itu, mujur ada juga rakan-rakan yang setia dan selalu memberikan dorongan untuk meneruskan kerja ini. Biar susah dahulu. Biar orang mengata. Biarkan orang tak nampak hasil pada permulaan kerana ramai yang hanya pandai melihat dan menilai disaat seseorang atau kumpulan itu berjaya.

Jika di sebut perkataan HPA, siapa yang tak tahu? Kalau dahulu, memang YA jika orang tidak kenal dan tidak nampak syarikat besar itu akan menjadi sebuah syarikat yang dikenali ramai dalam industri makanan halal. Tetapi, bagaimanakah keadaan mula pengasas dan pemilik Syarikat HPA itu dahulu? Ramai yang tidak menyokong beliau untuk  menubuhkan syarikat yang kini megah dan teguh berdiri. Sehinggakan ramai saudara yang terdekat juga tidak berapa menyetujui keputusan beliau.


Dengan ungkapan itu, Almy bertekad untuk tetap berusaha dan mencapai impian Almy bersama rakan-rakan yang banyak menyokong walau pada masa kini, kami terpaksa untuk menggunakan wang sendir dan perlu untuk bekerja teruk demi keuntungan masa hadapan. Walau orang yang rapat disisi Almy seperti memandang sebelah mata, Almy akan tetap teruskan. 

Andai berjaya, Almy gembira untuk berkongsi dengan semua orang walau pada mulanya Almy tidak di sokong. Dan andai gagal, Almy akan teruskan usaha mencapai impian itu. Tiada yang mudah dalam perjuangan.

4 Comment:

Nur Hani said...

Ikutkan hati, syarikat apa yang Almy nak tubuhkan & pasaran apa yang nak almy teroka ? if u don't mind sharing :)

Nur Hani said...

Ikutkan hati, syarikat apa yang Almy nak tubuhkan & pasaran apa yang nak almy teroka ? if u don't mind sharing :)

Solihin Zubir said...

teruskan usaha murni mu itu almy!
chaiyok2.. gudluck! :D

Almy said...

Nur Hani, setakat sekarang, almy masih dalam proses, nak gtaw pun still x thu cmna..bila dh mula berjalan, baru almy akan kongsikan..thanks taw Hani n Solihin :)