Wednesday, December 15, 2010

REVOLUSI PENULISAN BLOG KINI

Selamat pagi semua.. Apa khabar hari ni? Harap korang semua sihat belaka.. Jangan sakit sakit tau. Almy tergerak untuk menulis entry khas pada pagi ini. Jika dilihat entry-entry sebelum ini, lebih banyak berkisarkan kepada pelbagai isu dan perkara. Dari pelbagai sumber idea-idea untuk mengupdate sebelum ini. Dan kadang-kadang, sampai bingung memikirkan untuk update apa bagi maintainkan trafik.

Namun, tiba-tiba, datang ilham dan keadaan yang mana kini mencetuskan revolusi kepada Almy untuk mengubah cara penulisan dan entry lebih kepada penulisan pandangan sendiri dan apa sahaja yang terlintas.

Almy dah tak nak sangat berblogwalking demi menjaga trafik yang berkualiti. Disebabkan blogwalking, ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab yang cuma datang ke s/mix cuma untuk meninggalkan jejak tanpa membaca apa yang ditulis. 

Ok, memang trafik tinggi, namun apakah perasaan anda apabila karya yang dikarang dan idea yang dicurahkan hanya sia-sia dan tidak diambil kisah oleh sesiapa pun? Bukan mencari populariti, tetapi sekadar mengharap penat lelah mengarang dapat dihargai. Maklumlah, Almy  ni kan kurang kasih sayang (T_T)

Almy tak nak sangat fikirkan apa yang terjadi kepada trafik, namun jika Almy pergi membaca ke blog kawan-kawan, Almy akan tinggalkan jejak juga. Sebagai bukti yang Almy pernah datang ke blog dia. Tak kisah lah kalau dia tak nak datang ke blog Almy pun.

Sekurang-kurangnya, kita ada kenangan di blog tersebut. Seperti mana orang memanjat ke banjaran Himalaya dan tinggalkan tanda mereka disitu. Bukan dapat apa-apa pun, tetapi kepuasan dan nikmat itu yang membahagiakan kita.

**Mengharap sinar baharu datang menjelma.
***Kualiti atau kuantiti?

0 Comment: