Selepas beli kereta dan guna lebih dari 3 tahun, mesti ada yang bercita-cita untuk mengecat semula kereta ke warna yang lebih menarik kan? Tapi masalah yang timbul pula adalah, "nak tukar warna apa" "warna apa yang cantik" dan bermacam-macam lagi.
Jangan risau, dalam kemajuan teknologi kini, korang boleh tukarkan warna kereta dalam alam maya sebelum mengecat/menukar ke warna yang menarik di alam realiti. Jom lakukan dengan semudah 123. Ingat, yang penting mesti ada software Photoshop. Aku guna CS3.
LANGKAH 1 : BUKA GAMBAR KERETA YANG INGIN DI CAT.
~Aku pertaruhkan gambar RX7 ni.
LANGKAH 2 : LAKUKAN QUICK MASK.
~Buat Quick Mask pada bahagian yang korang tak nak cat, seperti tingkap.
Pastikan hasilnya seperti ini.
LANGKAH 3 : TUKAR WARNA/ CAT WARNA IKUT SUKA.
~Select Image - Adjustment - Hue/Saturation (CTRL + U)
Akhirnya, adjust hue, saturation, dan lightness mengikut kesesuaian anda. Pastikan colorize ditanda (dalam kotak merah dalam gambar dibawah)
Dan apabila siap, save kan gambar yang sudah diwarnakan kepada format yang anda inginkan. Untuk gambar biasa, selalunya JPEG menjadi pilihan. Dan satu lagi, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengubah warna dinding rumah, warna teddy bear korang ke, tukar warna cat motosikal ke dan apa-apa pun juga. Selamat berjaya.
** Ini hasil karya aku sebelum dan selepas.
Sebelum
Selepas
5 Comment:
perghh.. cool giler.. cayalah..
aku pon tgh berjinak2 lam photoshope nie.. hehe..
dah penah cuba.....pd pic biasa je....pd kete blum lg....
basikal pun belum....hahaha
photoshop best gak
best dapat belajar photoshop
wowwww...cool2!
Post a Comment