Satu proposal telah dihantar kepada kerajaan bagi tujuan untuk membina keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Menurut sumber tertentu, keretapi berkelajuan tinggi ini akan menggunakan teknologi magnetic levitation (maglev).
Keretapi jenis ini pertama kali dibina di Lapangan Terbang Pudong Shanghai. Dengan teknologi maglev ini, perjalanan 30 km hanya memakan masa selama tujuh minit. Kereta api Maglev di Shanghai boleh mencapai kelajuan sehingga 350 km/h dalam dua minit.
Idea untuk pembinaan keretapi ini antara Malaysia dan Singapura adalah dicadangkan oleh YTL Group.
Namun projek itu tidak mendapat 'lampu hijau' dari kerajaan kerana akan melibatkan kos yang tinggi.
** Kalau ada highway dan kereta yang menggunakan maglev ni, mesti cepat je dari utara nak ke selatan. Perlis ke Johor. Sesuai untuk suami isteri yang selalu menghadapi masalah untuk pulang beraya. Hihi..
9 Comment:
YTL ke??bukan UEM group??
Yup, memang betul YTL Group, bkn UEM...
senangla kalau ada tren ni kan.. cuma klw takde bajet, baek xpayah buat.. ;p
hehee, global news, chinese already rasmikan bullet train diorang arinie, malaysia bila lagi kan?
agenda singapore sebenarnye..kalau tren ni dibina...diorang nye airport akan lebih maju....sedangkan kitanye jambatan bengkok pon diorang tak kasi bina sebab takot pelabuhan kapal diorang bungkos..
kecik2 dlu penah naik keretapi kat bukit besi....keretapi mngangkut bijih besi....
ak tak setuju..
kalau train ni ada, habis la KLIA..semua org naik kat changi airport la..
Kalau tak silap cerita ni agak lama gak, dan memang YTL yang propose tapi dah cancel. Personally, aku tak berapa nampak dari segi cost effective berkenaan benda ni, KL - Singapore bukan jauh mana, even public transport sedia ada pun tak terjaga, kalau nak target yang "mampu" tu macam depa tak biasa naik flight pi sana. Nak suruh orang biasa naik, zaman skang kebanyakan orang semua kalau boleh nak ada kereta sendiri.
bangga nyer aku jd org johor..hehe
Post a Comment