Monday, October 4, 2010

HARGA ROKOK NAIK , APA MAKSUDNYA ?

     Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 
     20 batang rokok. Semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 
     sekarang, akan berharga RM10 satu pek. 

    Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga 
    tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 
    30 sen. Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14. 

    Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun 
    sebanyak 10 peratus.

Ya, itulah laporan untuk hari ini dibawakan oleh AKU KE INI dari sumber-sumber tertentu. Dah banyak kali sangat naik ni, takkan tak faham-faham lagi kot? Apa maksud dengan kenaikan harga rokok kali ini?

Bawa-bawalah berhenti, kalau tak boleh sangat, kurangkan sikit-sikit, yang penting keinginan kita untuk berhenti. Kalau sehari sekotak, sebulan dah 30 kotak, maknanya dah rugi RM300, banyak tu. Boleh beli macam dengan jumlah sebanyak tu. Bukan duit je yang terbakar, diri dan kesihatan pun lenyap begitu je.

Tapi harap-harap, harga rokok je la yang naik, jangan pula ada yang ambil kesempatan naikkan harga barangan lain pula.

Sebelum tu, terjumpa satu iklan untuk tidak merokok di YouTube, lawak pun ada, menginsafkan kita pun ada.





*Harga rokok daun mungkin masih seperti biasa.

4 Comment:

Black_roses92 said...

Bagus!! haha...sapa suh merokok.. padan muka kena Yassin..huhu

kiterkitikitu (xDer) said...

pakat ramai2 main pestol buih waktu lunch... berpekdah jugak :))

Ecah Ecot said...

naik pon org beli gak..2 yg payoh 2..ish!

Solihin Zubir said...

kalau dh ketagih tu, mahal cmne pon tetap org beli jugak..
mcm dadah la.. huhu..