Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI DI JEPUN 2011 | BALA ATAU UJIAN

Almy tengah sibuk nak pergi kerja tadi, dapat tahu Tsunami berlaku kat Jepun. Sempat la juga tengok video Tsunami tu sebelum ke tempat kerja. Teruk sangat kan. Dengan kekuatan 8.9 skala ritcher. Di tambahkan pula dengan hari Jumaat ia berlaku. 11 Mac 2011.

Apakah ini amaran atau hanya kejadian Tuhan yang berhikmah? Kenapa tak seharusnya kita sebut ianya suatu bala? Kerana kita tak dapat pastikan sekarang akan hikmah disebalik kejadian Allah ini. Hanya Allah yang mengetahui ianya suatu ujian atau bala, dan kita tidak layak menghukum akan kejadian seperti ini.

Umat Islam di Jepun melebihi 60 - 70 ribu pada tahun 2005 [rujukan]. Almy tak nak berceloteh panjang. Jom tengok video dari youtube mengenai kejadian Tsunami di Jepun.





Apa yang dapat Almy pelajari sedikit, kemajuan teknologi tidak akan mampu menandingi kuasa Pencipta ^_^

Friday, March 11, 2011

FACEBLOG, TOLONG HENTIKAN OPERASI

Tajuk agak kurang ajar sedikit. Kalau tak tulis macam tu, ada tak respon pembaca agak-agak korang? Almy minta maaf kalau ada yang tersedak bila baca tajuk kat atas tu. Kalau ada yang termelatah, Almy pun minta maaf.

Almy baru tahu akan kewujudan Faceblog ni. Dan tahniah Almy ucapkan kepada anak Malaysia yang berjaya membina sebuah lagi Komuniti Blogger seperti Geng Blogger, Innit dan lain-lain lagi. Memang apa yang Almy nampak, Faceblog ni mampu untuk menjadi setaraf dengan GB dan Innit.

Sebab apa yang Almy nampak inilah yang Almy minta selidik kembali untuk terus menjalankan operasi. Kerana apa?
  1. Facebook Patentkan Perkataan "FACE"
  2. Patent Office Agrees To Facebook’s “Face” Trademark
  • Facebook dengan ini telah menjadikan "Face" sebagai trademark mereka dan perkataan Face tidak boleh digunakan dalam internet sebagai sebuah servis atau apa-apa komuniti seperti FaceChat, FaceMail dan sebagainya.
  • Bayangkanlah andai FaceBlog berjaya ke peringkat antarabangsa dan mencapai keuntungan lebih RM 1 Juta setahun, adakah Facebook akan berdiam diri sahaja? Perkataan Face yang lebih sinonim dengan Facebook juga mungkin akan dijadikan alasan FaceBlog menggunakan populariti mereka. Dan ditambah dengan logo yang hampir sama.
  • Jika tiada keuntungan wang ringgit, mungkin Almy tak tergerak untuk tegur. Almy sekadar menegur dan memberi pandangan. Hentikan operasi dengan menggunakan perkataan Face, dan teruskan servis serta komuniti FaceBlog dengan menggunakan nama lain.

Akhir kata, andai entry ini menimbulkan kekusutan kepada pemilik FaceBlog, anggaplah ia sebagai dugaan. Kerana sesuatu dengan dugaan lebih bermakna bila berjaya kelak. Juga sebagai dugaan dari tuhan untuk kita kembali kepada petunjuk-Nya.

    Thursday, March 10, 2011

    KALAU KAHWIN LELAKI MUDA

    Cik 18 SuKa NoMbOr 18 telah kentengahkan pendapat beliau. Sekarang Almy pula nak masuk campur bagi pendapat pula. "kalo dapat suami muda", Cik 18 kita cakap tak suka dan tak nak. Almy nak tanya satu soalan sikit kepada perempuan-perempuan yang berasa dah lanjut umur.

    Suka tak bila orang cakap :
    • "Awak ni memang mengancam la, dah berusia tapi dapat laki muda"
    • "Awak guna ilmu apa eh, boleh dapat laki muda, guna cakar harimau ke cik yah oi?"
    • "Romantik la korang dua, cinta tanpa mengira umur dan usia"
    • "Baguslah dapat laki muda, awak sayanglah dia betul-betul, nanti bila awak dah tak larat, In'Allah dia akan jaga awak"

    Cukuplah empat itu je ya Cik 18 ^_^ Rasa bangga tak bila orang tanya camtu kat kita? Tidak? Eh, awak ni hati kering kot. Apa yang penting, tuhan aturkan jodoh untuk kita. Dan aturan Dia adalah yang terbaik. Jangan dikenang kata negative orang.

    Lagi satu, bila isteri dah penat bekerja, si suami masih mampu membantu, kan.


    Kita tak kan boleh puaskan hati semua orang. Yang penting kita bahagia. Bak kata Siti Nurhaliza dalam HotFM, endahkan kata-kata negative, buatlah yang sebaik kita rasa. (Rasanya ayat tak sama, tapi maksud sama kot)

    Hehe, Almy dah bagi pendapat Almy untuk pandangan Cik 18. Ada sapa2 lagi tak ada pendapat? Jangan marah tau cik 18, ini pendapat peribadi Almy ^_^ Berkongsi pendapat itu meluaskan dada, eh, meluaskan pemikiran.

    Siapa sokong pendapat Almy, komen kat sini, siapa tak sokong, pergi komen kat blog Cik 18. But never to kutuk n maki-maki. Ini hanya percanggahan bersih. Siapa maki, Almy delete je komen dia. Kalau teruk sangat, gi report kat My Uncle, Mr Google.