Sunday, January 9, 2011

SETELAH BERJUANG, AKHIRNYA KEJAYAAN PERTAMA

Alhamdulillah.. Setelah tunjukkan bukti kepada semua, akhirnya ada yang sudah mula nampak dan meyakini apa yang aku cuba lakukan. Mungkinkah itu sikap manusia kini yang hanya yakin bila kejayaan itu nampak? Aku tak nak mula melatah terlalu awal, biarkan kejayaan ini akan mampu ke tahap yang lebih besar dan berjaya membuka mata semua orang.


Bukan mahu jadi seperti R***** yang beria-ria menyasarkan sesuatu yang memang teramat mustahil. Setelah berbulan-bulan tangguh dan akhirnya apa yang terjadi hanya air mata. Dan senyap sepi. Memang sesuatu itu mustahil pada permulaan, namun tahap kemustahilan itu akan berlalu andai kita pandai mengambil peluang dari pengalaman yang pernah kita lalui.

Bila mana percubaan pertama nampak hasil walaupun sedikit, kita harus memikirkan cara untuk kembangkan sesuatu dengan cara yang wajar dan mampu untuk kita lakukan. Janganlah kita sasarkan sesuatu yang di luar kemampuan. Apa yang penting, keyakinan dan usaha, selebihnya doa, tawakkal dan ketentuan Tuhan atas apa yang kita lakukan.


Kepada semua pembaca, mencubalah sesuatu yang anda yakini. Ambil pendapat dan kritikan untuk berjaya, bukan untuk kehilangan semangat. Dan bila berjaya, jangan lupa diri, selalu ingati saat sukar kerana itu yang menguatkan kita kembali saat jatuh nanti.

1 Comment:

Nur Hani said...

setuju. kritikan, tomahan, kadang-kala pujian mesti dijadikan pembakar supaya terus berjuang dan berusaha menjadikan diri sebg seorang lbh baik :)