Thursday, November 25, 2010

FACEBOOK PATENTKAN PERKATAAN "FACE"

Mungkin ada yang mengatakan ianya mengarut dan tak masuk akal, namun itulah yang dilakukan oleh Facebook untuk meng"patent"kan perkataan "FACE". Langkah yang dilakukan Facebook itu adalah bertujuan untuk mengelakkan individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab menggunakan istilah itu sekaligus dapat merosakkan produk mereka.

Jika mereka dapat selesaikan dan penuhi dokumen yang diperlukan, Pejabat Patent Amerika Syarikat akan mengesahkan FACE adalah trademark mereka dan pihak lain tidak boleh lagi menggunakan istilah itu untuk tujuan komersial.


Walaupun begitu, sesiapa sahaja masih boleh menggunakan perkataan Face tanpa menyalahi undang-undang. Dalam kes di Facebook, ia hanya berlaku jika untuk perkhidmatan telekomunikasi, iaitu menyediakan online chat room dan papan buletin elektronik untuk penghantaran mesej antara pengguna komputer.

**Kalau aku petentkan perkataan kepala (HEAD), mesti cacat kan kepala aku, sebab FACE dah jadi patent orang lain (^_^)

8 Comment:

Myra Jay said...

bayangkan cikgu nk mngajar kat skolah. "this is head, this is hand, this is ehem... xleh sebut. nnti kna saman... ha ha

Almy said...

Haha,, itu cukup bahaya..

azharr said...

wah...ni dah lebih...huhu

alienelliz said...

headbook ok juga tu..haha

ghost writer said...

sampai macam tuh sekali...

teddyuna said...

erk.. mcm tu pun boleyh ke?

Almy said...

mcm tu la dunia..tak ke mana juga kalau dikejar sangat..

zmah said...

Myra....akak setuju,kasihan cikgu nanti